Ada peminat kuih penyaram? Kuih ini berasaskan gula merah.Namun begitu, rupa dan bentuk kedua-dua kuih ini jauh berbeza.Untuk mendapatkan bentuk yang cantik dan berkilat, ada tipnya. Kalau nak kuih tu nampak cantik, adunan kena simpan semalaman.(boleh letak dalam peti sejuk).
Jika kuih tak kembang masa menggoreng tu, kena tambah gula sedikit ke dalam adunan kuih satu atau dua sudu makan. Jika ada yang nak cuba buat sendiri di rumah, boleh lihat resipi hasil perkongsian dari Norhamah Said di bawah.
KUIH PENYARAM
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah (masak dengan sedikit air)
1 bungkus tepung beras
2 cawang tepung gandum
Ads
1 cawan gula putih
100 ml santan
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
1.Satukan tepung beras, tepung gandum, gula putih dan santan dalam satu bekas dan gaul.
2.Masukkan gula merah yang telah sejuk dan gaul.
3.Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati dan adunan tak berketul-ketul. Jangan terlalu cair.
Pulut Pagi antara popular di kalangan masyarakat Pantai Timur. Menu ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, ini min sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.
PULUT PAGI BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan
CARA MEMASAK:
Kukus atau tanak pulut bersama daun padan hingga masak.
Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.
Kuih Lompang adalah antara kuih tradisional yang popular dan digemari ramai. Namun agak sukar untuk jumpa kuih ni yang sedap. Jadi, kalau anda cuba buat sendiri, resipi perkongsian dari FB saudari Jamal dan Asmahan ni antara yang terbaik dan nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KUIH LOMPANG KAMPUNG BERLESUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
350gm gula merah
60gm gula pasir
450ml air
170gm tepung gandum
120gm tepung ubi
60gm tepung beras cap 3 gajah
900ml air
1/2 sudu teh kapur sireh
CARA MEMASAK:
Satukan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk. Masak hingga gula larut. Angkat dan sejukkan.
Bila air gula dah sejuk, campurkan bahan-bahan lain. Adun hingga sebati.
Tapis adunan bagi memastikan tiada ketulan dan bahan-bahan larut sempurna.
Sedapnya Kuih Lompang Labu Kuning ni. Sesuai sangat dihasilkan untuk hidangan minum petang. Biasanya labu ni kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang ni. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Pasti puas hati.
RESIPI KUIH LOMPANG LABU KUNING
BAHAN-BAHAN:
250gm labu – kukus
125gm tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
150gm gula
125ml air
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar halus labu yang dikukus tadi hingga menjadi puri.
Satukan puri labu, tepung beras, tepung jagung dan gula pasir. Adun sebati sambil dimasukkan air. Pastikan sebati dan tidak berketul.
Ambil acuan lompang dan oleskan sedikit minyak. Panaskan juga periuk kukusan sehingga mendidih dan naik wap.
Tuang adunan lompang ke dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
Keluarkan Kuih Lompang dari acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam dengan secukupnya.