Cara Buat Kuih Peria Sedap & Lembut Secara Homemade

Share

Suka makan Kuih Peria? Kuih tradisional ni memang punya peminatnya yang tersendiri. Ramai yang beranggapan kuih ni susah nak buat. Tapi sebenarnya mudah je. Jom cuba resipi perkongsian saudari Aida Syuhada ni. Nampak mudah dan tidak renyah. Nanti anda boleh cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

RESIPI KUIH PERIA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • Santan cair secukupnya – empunya resipi campur sedikit garam dalam santan
  • Inti kacang merah secukupnya – empunya resipi beli inti yang sudah siap. (Klik disini untuk cara-cara buat Inti Kacang Merah homemade)
  • Pewarna makanan – ikut kesukaan

CARA MEMASAK:

1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.

2. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga jadi doh.

3. Jika mahu buat kuih berwarna, tambahkan sedikit pewarna makanan.

4. Cubit doh dan leperkan. Letak inti secukupnya dan bentukkan menjadi bentuk kuih peria.

5. Sapu sedikit minyak masak supaya kuih tidak melekat. Kemudian lorekkan corak pada kuih dengan menggunakan garpu.

6. Letak kuih ke dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan plastik atau daun pisang. Kukus kuih dengan api sederhana selama 10-15 minit.

7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aida Syuhada

Published by
Nur