Kuih Sagu merupakan antara kuih lama yang sedap dan paling mudah nak buat. Teksturnya yang lembut, manis dan dinikmati bersama kelapa parut menjadikan sajian ini digemari semua golongan. Bagi anda yang terasa nak makan Kuih Sagu untuk minum petang, resipi perkongsian saudari Sitihawa Ahmad ni boleh dicuba. Memang mudah!
Selalu makan mi goreng basah, rupanya daging goreng basah pun ada. Kaya dengan sos sampai berlengas, tapi itulah yang sedap. Makan dengan sambal belacan dan sayur goreng memang menjadi.
Daging Goreng Basah Berlengas
Bahan-bahan
800 gm daging, daging lemak dan daging urat
3 sb kunyit serbuk
3 sb pes cili Maepranom (boleh juga guna cili boh)
2 sb kicap
1 sb sos tiram
3 sb sos cili dan sos tomato
2 sb sos ikan
Garam dan perasa ( secukup rasa)
1/2 keping gula nisan
1 biji limau nipis
Bahan sayur sayuran
6 biji cili padi merah dan hijau
2 biji bawang Holland
Lada solok dan lobak merah jika suka
Cara memasak
1. Daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul rata.
2. Kemudian goreng daging dengan minyak dan api perlahan. Gaul sebati.
3. Masukkan pes cili, gaul rata. Masukkan air dan masak daging sampai empuk.
4. Selepas daging empuk masukkan semua jenis sos dan kicap, gula nisan kemudian goreng sampai masak.
5. Masukkan sayur dan goreng sampai sedikit layu. Masukkan perasa dan perah sedikit limau nipis. Kacau sebati kemudian boleh matikan api. Siap!
Siapa yang tidak mengenal tempe, selain rasa yang lazat, manfaat tempe bagi kesihatan juga membuat tempe menjadi makanan yang sangat digemari. Tempe juga boleh diolah menjadi pelbagai jenis menu yang menggugat selera.
Tempe mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan tubuh. Bahkan boleh dikatakan kandungan nutrisi dalam tempe mengalahkan kandungan nutrisi dalam daging lembu.Kandungan protein dalam tempe lebih tinggi daripada daging. Kandungan lemaknya jauh lebih rendah. Tempe juga mengandungi kalsium dan fosforus yang jumlahnya jauh lebih tinggi daripada daging. Selain itu, tempe juga mengandungi zat antoksidan bernama isoflavon yang sangat baik untuk tubuh.
TEMPE NUGGET MASAM MANIS Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Goreng dan tumis Jenis Masakan: Masakan sampingan Keistimewaan: Enak dan rasa masam manis dan pedas Anggaran kos: RM6
BAHAN-BAHAN: 1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm 1 biji telur 3 sudu makan tepung gandum 1/2 biji bawang besar | dadu halus 2 ulas bawang putih | cincang halus 2 sudu makan Sos Cili Thai 1 biji cili merah | cincang halus 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali. 2. Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam. 3. Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan. 4. Angkat dan ketepikan. 5. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos. 6. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya. 7. Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata. 8. Sedia dihidangkan.
TEMPE TUMIS BERSAMA UDANG Saiz hidangan : 4 orang Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Goreng dan tumis Jenis Masakan: Masakan sampingan Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas. Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN: 1 paket tempe | hiris 200gm udang | buang kulit 1 biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih | titik 10 biji cili padi | hiris 1 sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana masak, angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak tinggal sedikit, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili hingga wangi. 3. Kemudian masukkan udang, kacau seketika, masukkan tempe. 4. Perasa dengan sos tiram, garam dan gula secukupnya. 5. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas. INFO CHEF: Jika ingin dicampurkan dengan batang leek atau batang seleri juga boleh dan enak.
JEJARI TEMPE BERSAMA SOS KICAP Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Goreng Jenis Masakan: Masakan sampingan Keistimewaan: Enak dan ranggup. Anggaran kos: RM8 INFO CHEF: Anda boleh cicah dengan pelbagai sos ikut cita rasa jika tidak suka sos kicap.
BAHAN SOS KICAP: 2 sudu makan kicap pekat manis 6 ulas cili padi 1 biji cili merah 1 ulas bawang putih 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata. 2. Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum. 3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. 4. Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur. 5. Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus. 6. Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.
Sekarang ni ramai ibu-ibu yang suka buat bahan masakan secara homemade. Selain jimat belanja, bahan masak yang dihasilkan sendiri ni tentunya lebih bersih, diyakini halal, tanpa pengawet dan lebih sedap. Bagi puan-puan yang baru nak cuba, salah satu yang boleh dicuba ialah dengan membuat kuetiau mentah. Sangat mudah & anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA-CARA BUAT KUETIAU MENTAH SECARA HOMEMADE
2 3/4 cawan tepung gandum (340g)
1 cawan tepung pulut (125g)
1/2 cawan tepung beras (60g)
1 biji putih telur
1 cawan air (250ml) Tambah 1-2 sudu besar jika perlu
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi – untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat
CARA-CARA:
1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.
2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.
4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)
5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.
6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.
7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.
8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.