Cara Buat Kuih Tako Sengkuang Sedap Untuk Berbuka. Mudah Je

Share

Kuih Tako Sengkung ni memang jadi kegemaran ramai. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa rangup sengkuang menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan tinggi terutamanya jika di bulan puasa. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sengkuang ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maria Bentalib

ni. Pasti menjadi dan puas hati.

 

RESIPI KUIH TAKO SENGKUANG

BAHAN BAHAGIAN BAWAH:

  • 100gm tepung jagung
  • 850ml air pandan – (beberapa helai daun pandan dikisar)
  • 400gm gula pasir
  • 5 biji sengkuang cina – dikupas dan dipotong dadu kecil
  • Sedikit pewarna hijau
Kisaran daun pandan
Sengkuang cina yang sudah dikupas kulit

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api hingga pekat dan jernih.

2. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan bersesuaian hingga separuh acuan. Sejukkan.

BAHAN BAHAGIAN ATAS:

  • 100gm tepung jagung
  • 2 biji kelapa putih – jadikan 1520ml santan pekat
  • Daun pandan
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.

2. Kemudian masak atas api hingga pekat.

3. Tuang panas-panas ke atas bahagian hijau yang sudah disejukkan tadi. Buat hingga habis dan sejukkan kuih.

4. Bila kuih telah sejuk, barulah disimpan di dalam peti sejuk.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Maria Bentalib

Published by
Nur