Kuih tepung bunga ini merupakan kuih tradisi negeri Pantai Timur dan selalu didapati di negeri Terengganu.
Menggunakan hanya tiga bahan kuih, cara membuat juga sangat mudah. Tapi jangan pandang sebelah mata, rasa kuih ini cukup enak walau hanya dibuat dengan bahan yang sangat ringkas.
Rasa tepung pulut yang kenyal bersalut dengan telur, manis-manis di hujungnya memang boleh buat kita teringat-ingat. Ringkas yang sedap.
Agar kuih tradisi ini tidak lenyap ditelan zaman, RASA kongsi resipinya mengikut panduan dari Afy Al Habibi.
Cara Buat Kuih Tepung Bunga
Bahan-bahan
145g tepung pulut
110ml air kosong
2 cubit garam
Cara Penyediaan
1. Satukan bahan-bahan, letak air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Ads
2. Sapukan pinggan atau dulang dengan sedikit tepung gandum atau tepung pulut. Bentuk doh jadi bulat sebesar syiling 20 sen.
3. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Ketepikan. Kemudian panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.
4. Taburkan sedikit tepung gandum atas tapak tangan untuk elak doh melekat.
Ads
5. Ambil satu doh kecil tadi, kemudian picit dengan ibu jari di bahagian tengahnya untuk bentuk yang sedikit meleper. Kemudian rendam dalam mangkuk telur.
6. Goreng satu demi satu doh tadi guna sudu. Goreng sekejap saja dalam 2-3 minit hingga tepung bertukar kekuningan, balikkan. Angkat dan tos minyak.
7. Susun tepung bunga dalam pinggan, setiap satu lapisan taburkan sedikit gula di atasnya.
Ads
8. Sedia untuk dimakan.
INFO: Boleh juga jika mahu campurkan santan dan masukkan kelapa muda parut. Tapi resipi tiga bahan saja pun dah sedap.
Ada yang mengidam kuih tradisional seperti bahulu atau kuih dangai? Sedapnya kalau dapat makan kuih ni lengkap dengan kopi panas. Pertamanya kalau nak membuat kuih dangai ni paling utama ialah perlu ada acuannya. Bagi yang nak mencuba kuih lejen ni dikongsikan cara membuatnya.
Dangai Bahan-bahan: 4 cawan kelapa muda 2 cawan tepung pulut-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula(boleh kurang kalau tak suka manis) 1/2 sudu kecil garam Sedikit air kelapa
Cara memasak: 1.Gaul semua bahan di atas kecuali gula(gula cik mas tak gaul sekali dengan tepung tadi) Gaul manja ja. Jangan ramas. Nnti kuih jadi padat. 2.Letak tepung yang digaul tadi dalam acuan. 3.Tabur gula atas adunan. Renjis-renjis sedikit air kelapa bagi lembab. Jangan renjis banyak sangat. 4.Tutup acuan. 5.Bakar dalam acuan yang ditabur sedikit tepung pulut. Bakar hingga masak.
Kuih Kaswi Beras Pulut Hitam perkongsian saudari Surina Abadiini nampak sangat sedap dan menyelerakan. Cara membuatnya juga cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang sukakan kuih tradisional ini, bolehlah cuba resipi ini. Jika sebelum ini biasa makan Kuih Kaswi Pandan, bolehlah sesekali ubah selera. Memang enak! Pasti puas hati dengan rasanya.
Pernah makan Nugget Pisang Berkeju? mesti ramai yang belum rasakan, dan ramai yang rasa macam pelik. Tapi kalau korang nak tau, nugget pisang ni sedap yang amat dan sangat mudah dibuat. Kalau rajin boleh buat lebih dan frozenkan. Bila teringin baru goreng, kalaua nak buat bekal untuk anak sekolah pun terbaik ni, sebenarnya korang tak rugi cuba resipi ni.
.
NUGGET PISANG BERKEJU BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang berangan
100gm tepung gandum
2 sudu makan gula perang
1 biji telur
3 sudu makan susu pekat manis
150gm keju parut
Secubit garam
Sedikit air
BAHAN LAPISAN NUGGET:
3 sudu makan tepungi jagung
3sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK: 1. Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan 2. Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam. 3. Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi. 4. Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau. 5. Tambahkan keju dan kacau rata. 6. Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini. 7. Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan. 8. Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan. 9. Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget. 10. Bancuh tepung jagung sedikit cair. 11. Panaskan minyak dalam kuali. 12. Celupkan nugget dalam bancuh tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!