Sedapnya Kuih Tepung Pelita. Lemak manis, memang jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang sukakan manisan ini dan mahu cuba membuatnya, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Tak perlu kukus. Hanya kacau dalam periuk sahaja. Malah boleh cuba buat dalam jumlah yang sedikit.

RESIPI TEPUNG PELITA VERSI KACAU

BAHAN LAPISAN BAWAH (HIJAU)

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air pandan (kisar 7 helai pandan)
  • 1 sudu teh air kapur
  • Sedikit pewarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan. Kacau sebati hingga tiada bintil-bintil tepung.
  2. Masak guna api perlahan hingga adunan meruap, pekat dan meletup-letup.
  3. Tutup api kemudian tuang ke dalam acuan atau bekas kecil. Ketepikan.

BAHAN LAPISAN ATAS (KEPALA SANTAN)

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan kesemua bahan. Sebatikan hingga tiada bintil-bintil tepung.
  2. Masak adunan guna api kecil hingga meruap, pekat dan meletup-letup. Pastikan adunan sentiasa dikacau.
  3. Padamkan api dan tuang ke dalam acuan berisi lapisan hijau tadi.
  4. Sejukkan Tepung Pelita dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Nota: Sukatan ini akan dapat 25 bekas dadih bersaiz 4oz.

 

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

 

Nak cari RICE COOKER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Singgang Tulang Sedap Cara Orang Kelantan. Elok Empuk Dagingnya!

Resipi Lempeng Legend. Bahan Simple Je Tapi Sedap.

Resipi Siakap Kengsom Thai Paling Sedap & Mudah Masak.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official