Pernah cuba Kuih Tepung Puli? Nampak sangat sedap kan? Kuih dwi warna berbentuk gulungan ini kelihatan sangat unik. Rupanya seakan laksam namun mempunyai rasa lebih lemak dan manis.

Katanya kuih ini adalah kuih tradisional orang Melaka tetapi sekarang boleh juga dikatakan susah untuk jumpa peniaga yang menjual kuih tradisi ni. Cara masaknya sangat mudah. Hanya perlu kukus adunan kuih kemudian gulung dengan kemas. Pastikan adunan tidak terlalu tebal, barulah kuih ini kelihatan cantik bila dipotong.

Bagi anda yang nak cuba masak sendiri, saudari Hairunniza Ahmad ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

RESIPI KUIH TEPUNG PULI SEDAP. KUIH TRADISI ORANG MELAKA

Cara Buat Kuih Tepung Puli. Manisan Tradisi Orang Melaka Wajib Cuba

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus tepung pulut (500gm) beli online disini
2 1/2 cawan tepung sagu beli online disini
5 cawan santan
2 cawan gula pasir – kurangkan jumlah jika tak suka manis
Pewarna pilihan beli online disini
Daun pisang secukupnya – dilayurkan

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung pulut bersama tepung sagu. Adun rata dan ketepikan.

2. Masak santan dan gula pasir hingga larut. Padam api dan biarkan sejuk.

3. Tuang santan ke dalam bekas berisi campuran tepung pulut dan tepung sagu. Adun hingga rata dan tidak berketul.

Ads

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan pada warna asal dan satu lagi ditambah pewarna. Kuih ini biasanya dibuat menggunakan warna hijau atau merah.

5. Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak pada tudung periuk atau loyang.

6. Tuang satu senduk adunan. Ratakan dan masak selama 5 minit.

7. Kemudian tuang satu senduk lagi adunan berlainan. Biarkan masak.

Cara Buat Kuih Tepung Puli. Manisan Tradisi Orang Melaka Wajib Cuba

8. Gulung kuih dengan kemas dan pindahkan ke atas daun pisang. Gulung kemas sekali lagi.

Cara Buat Kuih Tepung Puli. Manisan Tradisi Orang Melaka Wajib CubaCara Buat Kuih Tepung Puli. Manisan Tradisi Orang Melaka Wajib Cuba Cara Buat Kuih Tepung Puli. Manisan Tradisi Orang Melaka Wajib Cuba

9. Setelah sejuk, Kuih Tepung Puli boleh dipotong dan dihidangkan.

Cara Buat Kuih Tepung Puli. Manisan Tradisi Orang Melaka Wajib Cuba Cara Buat Kuih Tepung Puli. Manisan Tradisi Orang Melaka Wajib Cuba

Kredit resipi & foto: Hairunniza Ahmad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya

Ads

Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan

Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade

Tak Sakit Tekak, Buat Sendiri Jeruk Mangga Sedap Tanpa Guna Ibu Jeruk

Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna

Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik

 

Ads

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8nlzxq

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI