Cara Buat Kuih Vadai Sedap, Lembut & Tak Serap Minyak

Share

Sedapnya Kuih Vadai perkongsian Opah Mas Cotek ni. Nampak menyelerakan. Kalau makan panas-panas, memang berebut ni. Bahan-bahan penyediaannya ringkas sahaja. Lepas ni bolehlah cuba buat untuk minum petang

.

RESIPI VADAI / MASALODEH SEDAP, LEMBUT & TAK SERAP MINYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan kacang dhal – rendam 4 jam, toskan
  • 2 biji bawang besar – cincang @ hiris
  • 2 biji cili merah – cincang @ hiris
  • 2 biji cili hijau – cincang @ hiris
  • 5 tangkai cili kering – cincang @ hiris
  • 2 tangkai daun kari – cincang @ hiris
  • 1 sudu makan jintan manis – tumbuk kasar
  • Garam & perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Ambil kacang dhal, asingkan 2 genggam kemudian kisar kasar.

2. Kemudian kisar kering lebihan kacang dhal tadi.

3. Tuang semua kacang dhal ke dalam bekas besar. Masukkan juga bahan-bahan lain. Perasakan secukupnya dan gaul sebati.

4. Kepal dan bentukkan adunan kacang dhal tadi membentuk kuih Vadai. Simpan selama 1-2 jam dalam peti sejuk sebelum digoreng.

5. Panaskan minyak masak dan goreng kuih hingga masak serta jadi kekuningan. Masak guna api sederhana.

6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

TIP: Kalau tak nak Kuih Vadai hancur masa digoreng, simpan selama 1-2 jam dalam peti sejuk sebelum dimasak.

 

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

JANGAN LUPA CUBA JUGA RESIPI DI BAWAH NI:

Published by
Nur