Resipi Kulit Creampuff & Inti Kastard Sedap, Mudah & Tak Hanyir.

Share

Suka makan creampuff tapi bila cuba buat sendiri, tak pernah nak menjadi. Memang rasa nak putus asa kan? Tapi jangan risau, sebab anda boleh cuba resipi perkongsian saudari Rusmah Mahdin ni. Insyaallah hasilnya pasti tidak mengecewakan. Jom lihat bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menghasilkan manisan ini.

 

CARA BUAT CREAMPUFF GEBU & SEDAP

BAHAN A:

  • 600gm air
  • 150gm susu
  • 250gm mentega
  • 1sudu teh gula

BAHAN B ( AYAK DULU SUPAYA RINGAN):

  • 380gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

BAHAN C:

  • 9 biji telur | dibasuh
  • 1 sudu teh serbuk vanilla

CARA-CARA:

Bahan A dicampur, masak sampai mendidih. Tutup api, kemudian masukkan tepung gandum ( BAHAN B) dan kacau laju-laju sehingga sebati dan doh tidak melekat pada periuk/ kuali.

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan buang pusat telur sebiji-sebiji sampai habis.

Kemudian bubuh serbuk vanilla. Pukul sebati sahaja dan barulah dimasukkan ke dalam adunan bahan A yang suam tadi. Gaul sampai adunan menjadi lembab dan tidak berketul.

Panaskan ketuhar selama 15 minit. Jika oven kecil, guna suhu 150°c-170°c. Jika oven besar, guna suhu  180°c -200°c. Bergantung pada ragam ketuhar masing-masing.

Paipkan adunan diatas dulang, spray sedikit air diatas puff dan bakar selama 25-30 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

BAHAN INTI KASTARD:

  • 400gm air
  • 400gm susu
  • 150gm gula
  • 100gm tepung kastard
  • 1 sudu teh garam

CARA-CARA:

  1. Campurkan kesemua bahan diatas, kacau sebati hingga tidak berketul. Kemudian masak atas api sederhana sehingga masak likat dan berkilat.
  2. Angkat adunan dari dapur dan teruskan mengacau sehingga inti menjadi suam. Sejukkan.

( teknik ini bertujuan untuk mendapatkan tekstur inti yang tidak berketul, lembut serta cantik)

 

BAHAN D (jika perlu):

  • 100gm fresh cream

( Pukul krim fresh sehingga kental dan campurkan ke dalam inti kastard yang sejuk tadi. Kacau sebati dan paipkan ke dalam kulit puff yang telah masak tadi.)

 

Kredit resipi & foto: Rusmah Mahdin 

 

BOLEH CUBA JUGA RESIPI DI BAWAH NI:

 

 

Published by
Nur