Ramai yang suka makan Sardin Roll tapi kurang mahir dalam penghasilan inti dan kulitnya. Melalui catatan saudari Ellyna Abdul Aziz, beliau berkongsi cara-cara membuat Sardin Roll yang sedap dan mudah serta cara membuat Sardin Roll bagi tujuan sejuk beku. Memang terbaik. Resipi yang sangat bagus dan berbaloi untuk dicuba.
RESIPI SARDIN ROLL (hasil anggaran 48 biji)
BAHAN PASTRI:
CARA MEMASAK:
1. Tuang campuran minyak panas ke dalam campuran tepung.Gaul hingga menjadi serbuk.
2. Tambah air sejuk sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Uli dalam 5 minit kemudian bulatkan doh. Tidak mengapa jika permukaan doh tidak licin. Rehatkan doh selama 15 minit. Semasa direhatkan, tutup doh dengan kain lembap.
3. Kemudian bila nak digunakan, doh akan jadi lembut. Uli seminit dua dan waktu ni permukaan doh akan jadi licin.
4. Bahagikan doh kepada beberapa doh kecil.
5. Kemudian bentukkan menjadi bulat bujur seperti buah pir.
6. Canaikan doh seperti dalam gambar. Letak inti dan gulung dengan kemas.
7. Untuk bahagian hujung yang tirus, pastikan ia dicanai sedikit nipis. Ia bertujuan bila doh digulung, ia akan melekat sempurna dan tidak perlu disapu air.
8. Lakukan hingga habis dan bolehlah digoreng sebelum dinikmati.
INFO: Untuk tekstur pastri yang rangup, boleh tambah 1 sudu makan Shortening. Ia boleh dimasukkan ke dalam adunan atau semasa menggoreng.
BAHAN INTI:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang besar, cili padi atau cili merah hingga layu. Minyak memang guna sedikit sahaja.
2. Tambahkan cili giling. Tumis hingga cili separa garing.
3. Seterusnya masukkan sardin. Pecah-pecahkan.
4. Tambah garam, gula diikuti perahan limau nipis secukupnya. Masak hingga kering.
5. Bila inti dah sejuk, bolehlah digunakan untuk membuat Sardin Roll.
INFO: Jika buat Sardin Roll untuk disejuk bekukan ( frozen), bakar selama 10 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C. Kalau nak goreng sekejap pun boleh.
Kredit resipi & foto: Ellyna Abdul Aziz