Cara Buat Kulit Mille & Durian Crepe Guna Tepung Gandum

Share

Masa durian masih ada musim ni, bolehlah pakat cuba belajar buat Durian Crepe ni. Makan sejuk-sejuk memang layan. Guna resipi yang sama juga, anda boleh hasilkan Mille Crepe. Tak perlu susah-susah guna 4-5 jenis tepung. Hanya pakai tepung gandum sahaja. Hasilnya sama macam yang dijual. Lembut dan nipis. Jom cuba resipi perkongsian saudari Murni Rahmat ni. Anda pasti suka.

RESIPI DURIAN CREPE @ MILLE CREPE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan + sesudu penuh tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1 sudu gula
  • Pewarna makanankuning secukupnya – boleh juga guna warna lain
  • 3 biji telur gred A – kalau kecil, tambah lagi sebiji
  • Garam secukupnya
  • 1/2 cawan minyak jagung/kelapa
  • Seulas durian/perisa durian

CARA-CARA:

1. Satukan semua bahan dan kisar lebih kurang 5 minit.

2. Kemudian biarkan adunan kira-kira 15 minit atau sehingga buih-buih pada adunan hilang.

3. Panaskan kuali tak lekat ( non-stick pan) dan oles sedikit minyak menggunakan tisu.

4. Tuang satu senduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kualiu hingga dapat bentuk bulat. Pastikan betul-betul nipis. Jika tidak crepe tidak menjadi sebaliknya jadi lempeng durian.

5. Semasa masak crepe, pastikan guna api kecil. Jika guna api besar, crepe akan ada lubang-lubang halus.

6. Bahagian atas crepe / yang tak kena api akan menjadi bahagian luar kulit. Crepe ini juga tidak perlu diterbalikkan sewaktu dimasak. Anggaran masak crepe ini adalah selama 2 minit.

7. Buat hingga adunan habis.

 

BAHAN INTI:

  • Krim putar non-dairy
  • Durian
  • Susu pekat manis

CARA-CARA:

1. Gaul isi durian dengan susu. Tiada sukata Kalau suka manis, boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati. Durian ni akan jadi macam paste/jem.

2. Pukul krim putar yang sejuk sampai gebu. Kemudian sudukan krim secukupnya diatas crepe.

3. Tambah isi durian. Bungkus cantik-cantik macam balut popia.

4. Sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati. Boleh juga lapiskan untuk dijadikan Mille Crepe.

Kredit resipi & foto: Murni Rahmat

 

Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur