Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh  atau pastri dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri pai yang diiinginkan.

RESIPI KULIT PAI
* sesuai untuk pai bersaiz besar

Cara Buat Kulit Pai Rapuh Dan Sedap. Ikut Resipi Dan Petua Dari Eny
Kredit Foto : pinterest.com

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
  • 4 sudu besar air ais sejuk

TIP BUAT PASTRI RAPUH :

1. Guna mentega yang sejuk

Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk

2. Parut mentega

Cara Buat Kulit Pai Rapuh Dan Sedap. Ikut Resipi Dan Petua Dari Eny

Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.

IKLAN

3. Guna air ais

Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.

4. Jangan uli tapi adun

Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu

CARA MENGADUN

1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.

IKLAN

Cara Buat Kulit Pai Rapuh Dan Sedap. Ikut Resipi Dan Petua Dari Eny

 

2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk

Cara Buat Kulit Pai Rapuh Dan Sedap. Ikut Resipi Dan Petua Dari Eny

3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.

IKLAN

Cara Buat Kulit Pai Rapuh Dan Sedap. Ikut Resipi Dan Petua Dari Eny

4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.

Cara Buat Kulit Pai Rapuh Dan Sedap. Ikut Resipi Dan Petua Dari Eny
Kredit foto ; cooking.nytime.com

Kredit foto & Resepi : www.enyabdullah.com

ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :

Pai VS Quiche, Mana Satu Jadi Kegemaran. Rasa Enak Tapi Jenis Pastri Berbeza

DAN JUGA RESIPI INI :

15 Koleksi Resipi Mudah & Cepat, Menu Bekal Ke Sekolah.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI