Laksa beras homemade memang mempunyai tekstur yang berbeza jika dibandingkan dengan laksa kering. Jika anda teringin nak buat laksa sendiri,boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora Sheka di bawah ini. Memang mudah! Malah bila buat sendiri, tentunya lebih bersih, diyakini halal serta memang jimat wang. Selamat mencuba!
RESIPI LAKSA BERAS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras cap teratai
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak
Air panas mendidih secukupnya | bergantung jumlah tepung
Ads
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
2. Gaul semua bahan menggunakan sudip kayu sehingga menjadi doh.
3. Bahagikan tepung kepada beberapa bahagian mengikut saiz acuan laksa. Uli doh menggunakan tangan apabila doh menjadi suam. Jangan biar sampai tepung sejuk. ( Sapu sedikit minyak di tangan untuk elakkan tepung melekat). Jika tiada acuan laksa, boleh guna mesin pasta atau apa-apa acuan bersesuaian.
Ads
4. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan ke dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada pengukus bagi mengelakkan laksa melekat.
5. Kukus selama 20 minit. Pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih sebelum mengukus laksa. Bila tepung kelihatan berkilat, ia menandakan laksa telah masak.
6. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Biar seketika.
Ads
7. Setelah laksa sejuk, lerai-leraikan laksa tersebut. Masukkan laksa kecdalam penapis dan alirkan di bawah air mengalir. Toskan. Sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.
Resipi rojak ayam Terengganu ini ada peminatnya tersendiri. Kalau di Terengganu, ia antara juadah yang sering dicari terutama pada bulan puasa. Di dalamnya ada mee, ayam, cucur dan sayuran yang dimakan bersama kuah rojak. Memang mengenyangkan.
Kalau beli, ada kalanya tak kena selera. Nak puas hati masak sendiri. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramliini ye.
300 gram kacang tanah ( disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak.Asingkan kacang dari selaput kulitnya..Kemudian dikisar tpi jangan terlalu hancur)
5 biji telur 5 biji direbus. Kalau suka boleh digoreng telur selepas direbus.
Tauhu. Disapu garam kunyit kemudian digoreng dan dipotong ketika dihidangkan
2 biji kentang (direbus dan dipotong ketika hndak dihidangkan.
Resipi Cucur Rojak:
2 cawan gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Daun kucai
Daun bawang dan daun sup
Taugeh
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Masak Resipi Rojak Ayam Terengganu:
Untuk memasak kuah rojak;Panaskan minyak. Masukkan serai ketuk dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan kisar halus tadi dan tumis lagi sampai pecah.
Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata. Setelah itu masukkan nisang, air asam jawa dan kemudian tambahkan dua cawan air.
Renehkan dengan menggunakan api kecil hingga kuah nampak pekat. Setelah itu bolehlah masukkan garam dan gula serta bahan perasa. Kacau seketika. Tutup api. Siap.
Untuk memasak ayam goreng kunyit; bersihkan ayam, kemudian disapukan dengan kunyit, serbuk cili, garam dan serbuk perasa. Kemudian goreng garing. Bila ayam siap digoreng boleh dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
Untuk menyediakan cucur rojak, kesemua bahan disatukan dalam satu bekas. Masukkan air dan gaul rata menjadi satu adunan. ketepikan untuk 30 minit.
Kemudian boleh digoreng garing dan ranggup. Bila cucur siap digoreng bolehlah digunting kecil-kecil. Siap.
Ketika menghidngkan, bolehlah masukkan mee dan semua bahan lain. Kemudian tuangkan kuah rojak. Siap!
Bihun atau Mi Celup ni memang antara menu popular di Thailand dan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Ramai beranggapan kalau buat mi rebus ni remeh dan banyak bahan campurannya. Kali ini RASA kongsikan satu resipi mi rebus yang ringkas, tak banyak bahan campuran tapi rasa memang sedap dan tidak mengecewakan anda dan keluarga. Apa kata korang cuba masaknya hujung minggu ini.
MI REBUS: BAHAN-BAHAN:
1paket mi kuning | celur dan tos
2keping tauhu | goreng dan hiris
2biji telur | rebus dan belah dua
1 keping dada ayam, goreng | carik-carikkannya
Sedikit hirisan daun bawang, cili hijau dan merah, bawang goreng dan hirisan limau kasturi BAHAN KUAH:
1sudu makan pes cili kering
2ulas bawang putih | kisar
3ulas bawang merah | kisar
2cm halia | kisar
2sudu makan udang kering | kisar asing
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung jagung
1 biji keledek oren + 1 biji kentang | rebus empuk & kisar halus
Rempah penumis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, tumis rempah menumis hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering.
2. Tumis hingga pecah minyak, masukkan serbuk kari dan udang kering kisar, kacau lagi seketika dan masukkan air (jika ada air rebusan daging).
3. Setelah mendidih campuran keledek dan ketang kisar. Kacau lagi tambahkan pula tepung jagung, renehkan atas api sederhana.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api.
6. Masukkan mi dalam mangkuk, tuangkan kuah. Kemudian letakkan di atasnya hirisan tauhu, telur, daun bawang, bawang goreng, hirisan cili dan limau kasturi serta ayam yang telah dicarik-carik tadi.
7. Mi rebus sedia dihidangkan.