Cara Buat Langos Homemade -Street Food Sedap Dari Hungary

Share

Langos merupakan salah satu dari sajian‘street food’yang berasal dari Hungary. Ia adalah sejenis ‘flat bread’ yang dihasilkan dari doh yang diadun, diperam dan digoreng dalam minyak yang banyak. Ia kemudiannya boleh dimakan bersama keju, krim masam dan sebagainya. Malah boleh juga dinikmati bersama sekaya, sambal bilis, sapuan coklat dan lain-lain lagi mengikut cita rasa masing-masing. Nak cuba buat? Resipi perkongsian Puan Suhaila Kusairi ni antara yang mudah.

RESIPI LANGOS YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN A:

  • 300ml susu segar suam
  • 2 1/2 sudu teh yis segera

BAHAN B:

  • 500gm tepung gandum
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 sudu teh garam halus

BAHAN C:

  • 200gm kentang – rebus dan lenyek halus

BAHAN D:

  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling

BAHAN TOPPING:
(Boleh guna nutella, srikaya, jem, sambal tumis, keju)

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbiuh anggaran sepuluh minit.
2. Kemudian dalam bekas/ mixer bowl satukan bahan B dan C. Gaul sebati.


3. Tuangkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik.
4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap di bulat.

6. Sediakan papan/ silikon mat dan tabur sedikit tepung.
7. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan. Bahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat-bulatkan.
8. Giling sedikit doh jangan terlalu nipis sekadar hanya membesar doh sahaja. Kemudian tarik tepi tepi doh terpulang besar mana yang di inginkan dan terus goreng dalam minyak yang telah di panaskan tadi.
9. Goreng sehingga kuning dan balik kan sebelah sehingga kuning juga.
10. Angkat dan toskan atas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak. Goreng sehingga habis dan sedia untuk di nikmati bersama topping pilihan.

Kredit resipi & foto: Puan Suhaila Kusairi

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Published by
Nur