Sedapnya Lasagna Daging… Anda gemarkan hidangan ini? Biasanya untuk menjimatkan masa, ramai yang menggunakan sos Bolognese segera sebagai sos. Tapi sebenarnya kalau buat sendiri juga rasanya lebih enak. Hanya menggunakan sos tomato, sos cili dan beberapa bahan lain, rasanya memang sedap. Jom cuba resipi Lasagna perkongsian saudari Noratiqah Nordin. Pasti puas hati.
CARA MASAK LASAGNA DAGING SEDAP & MUDAH TANPA GUNA SOS SEGERA
BAHAN-BAHAN:
Keju mozarella secukupnya – beli online disini
Kulit lasagna – beli online disini
Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS BOLOGNESE:
1 cawan sos tomato – beli online disini
3 sudu makan sos cili – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
2 biji tomato – potong dadu
1 biji bawang merah/bawang holland – cincang kasar
Lobak merah secukupnya – potong dadu
7 ulas bawang putih – cincang kasar – beli online disini
1 sudu makan setiap Italy herb (oregano, parsli, basil) – beli online disini
Daging burger atau daging cincang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
(kalau nak berkuah, boleh letak air)
BAHAN SOS PUTIH / SOS BECHAMEL:
3 keping keju cheddar – beli online disini
2 sudu makan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air) – beli online disini
3 cawan susu full cream – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang kasar. Tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul rata.
3. Seterusnya masukkan tomato yang telah dipotong dadu diikuti lobak merah.
4. Masukkan daging cincang. Kacau sebati dan biarkan daging separuh masak.
5. Masukkan campuran Italian Herbs.
6. Tambahkan garam dan juga gula dengan secukup rasa.
7. Hasil Sos Bolognese yang telah siap dimasak.
8. Untuk membuat sos putih, masukkan susu full cream ke dalam kuali.
9. Kemudian masukkan air bancuhan tepung. Sebatikan.
10. Seterusnya masukkan kepingan keju cheddar.
11. Masukkan garam dengan secukup rasa. Gaul hingga mendidih dan pekat macam yang kita mahukan.
12. Tekstur sos putih yang pekat sempurna.
13. Siap sos bolognese dan sos putih. Masa untuk susun lasagna.
14. Panaskan air dan letak sedikit minyak masak supaya nanti kulit lasagna tidak melekat.
15. Rebus kepingan lasagna selama 5 minit lebih kurang.
16. Ambil bekas bersesusian kemudian susun kulit lasagna di bahagian dasarnya.
17. Masukkan sos Bolognese dengan secukupnya hingga rata di semua permukaan kulit lasagna.
18. Masukkan sos putih diikuti lapiskan dengan kepingan lasagna kembali. Ulang langkah yang sama sehingga penuh loyang. (empunya resipi letak 3 baris kulit lasagna sahaja.)
19. Akhir sekali, taburkan parutan keju mozzarella dengan secukupnya.
20. Lasagna yang sedia untuk dibakar.
21. Bakar hingga Lasagna berbuih dan keju cair. (RASA: boleh guna suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau hingga keju cair serta keperangan)
22. Lasagna sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noratiqah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official