Roti sandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Salah satunya ialah Lasagna Roti perkongsian saudari Mis Julie Biz ni. Memang sedap. Bukan rasa yang biasa-biasa tau. Jom cuba!
RESIPI LASAGNA ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
- 1 buku roti – digelek
- 400gm daging kisar
- 2 biji bawang besar/bawang Holland potong dadu
- 2 ulas bawang putih
- 1 botol Sos Spageti Leggo’s ( napoletana) 575gm
- Sayur campur (ikut selera suka byk mana)
- Sedikit lada hitam
- Sedikit lada putih
- Sedikit gula
- Sedikit tepung gandum
- 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak utk menumis
- Sedikit tepung jagung
- Air
- 2 keping Keju cheddar
- Keju mozarella untuk topping
CARA MASAK KUAH LASAGNA:
- Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
- Masukkan daging kisar, kacau hingga masak / berubah warna.
- Masukkan sos spagetti. Tambah air dlm botol sos spageti td 1 botol dan tuang skali..
- Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano/mix herbs. Setelah mendidih, masukkan sayur campur..tambah tepung jagung yg di bancuh dgn air utk pekat kan sikit kuah td.. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masak skejap. Tutup api, ketepikan.
CARA MASAK SOS PUTIH:
- Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
- Masukkan sedikit tepung gandum..kacau sampai warna sedikit perang.
- Masukkan air.
- Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
- Masukkan 2 keping keju cheddar. Optional. Cik letak sebab tak ada susu. Jadi cik gantikan dengan keju cheddar.
- Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK LASAGNA ( guna loyang 8×8):
- Letak kuah lasagna dalam loyang.Kemudian sedikit sos putih.Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi.
- Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang.
- Ulang lagi langkah ni hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis.Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih.
- Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
5. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit ( suhu tu ikut pada oven masing-masing).
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mis Julie Biz