Cara Buat Lempeng Daun Bawang Yang Lembut , Ngam Cicah Kari.

Share

Sekarang ni macam-macam jenis lempeng orang buat, tapi Lempeng Daun Bawang ni boleh tahan sedapnya. nipis lembut dan ada aroma daun bawang, memang layan dicicah dengan kari. Pendek kata sedar tak sedar tiga atau empat keping boleh habis, sesuai sangat ni kalau dijadikan hidangan sarapan mahupun minum petang. Tak percaya korang boleh cuba ye..

LEMPENG DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum, hakak guna cap sauh
1 biji telur
1 cawan air

1/4 cawan susu
Secubit garam

1 sudu makan mentega
Daun bawang | hiris halus


Sedikit cili benggala merah | dadu halus

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan kecuali daun bawang dan cili benggala di dalam blender.
  2. Kisar hingga halus, jika terpekat tambah air dan terlalu cair tambah tepung.
  3. Tuangkan dalam mangkuk dan campurkan hirisan daun bawang dan cili benggala.
  4. Panaskan kuali leper non stick, olehkan sedikit mentega.
  5. Setelah panas, tuangkan adunan lempeng menggunakan senduk bulat sebagai sukatan.
  6. Buat sehingga habis.
  7. Gulangkan lempeng dan guntingkannya.
  8. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal. Ikut cita rasa anda dan keluarga.
Published by
Norasida Myasin