Bagi yang gemar hidangan LempengKelapa sedap, RASA kongsikan kembali resipi dari saudari Azizah Ali yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera. Enak dikmati secara terus atau boleh juga dimakan bersama kari atau sambal tumis. Memang membuka selera. Lempeng pun lembut je teksturnya. Selamat mencuba.
Makanan nostalgia masa sekolah rendah sekitar tahun 80an, lepas balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah. Jom kembalikan nostalgia lama dengan membuat sendiri bebola ikan salut tepung. Sangat mudah buat. Anak-anak pasti menyukainya.
Cara membuat: 1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, masukkan air gaul sebati. 2. Masukkan bebola ikan, gaul rata. 3.Panaskan minyak, goreng bebola sehingga keemasan.
4. Hidangkan bersama sos pencicah. Kredit: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi perkongsian MamaAlia dari blog penbirumama.blogspot.my
BAHAN-BAHAN:
Kurma
Kismis
Kacang badam
Kacang pistachio
Kacang walnut
Madu
Minyak habbatusauda
Kapsul minyak ikan
Coklat bar
CARA MEMASAK:
Kisar kurma, kismis dan semua kekacang sampai jadi halus. Boleh pakai ‘food processor’. Jika tiada, boleh pakai pengisar kering dengan mengisar sedikit demi sedikit. Kurma kalau nak senang kisar, beli yang jenis lembut.
2. Kemudian campurkan dengan 5-7 titis minyak habbatusauda, madu dan kapsul minyak ikan. Untuk minyak ikan tu, pemilik resipi menggunakan1 kapsul saja sebab kalau lebih ia akan menyebabkan ‘unpleasant smell’ (bau ikan).
3. Gaulkan bahan-bahan tadi sehingga menjadi doh. Kalau nak doh lebih rasa manis dari rasa kacang, lebihkan campuran kurma dan kismis.
4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak anda. Bila sudah sampai peringkat ini, ia sudah boleh di makan. Tapi untuk lebih menarik perhatian anak, bolehlah dicelup coklat.
5. Cairkan coklat bar secara ‘double boiler’. Langkahnya sama seperti proses mencelup biskut Almond London. Celupkan adunan yang dibulat-bulatkan tadi ke dalam coklat cair. Salut hingga rata.
6. Letak coklat di dalam dulang dan taburkan gula-gula manik. Biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.
Nak menu yang ringkas dan mengenyangkan? Boleh buat menu untuk sarapan Sushi Sandwich dan Wanpaku Sandwich. Bahan-bahan nak buat juga mudah dicari. Sushi sandwich Nampak comel jer tapi bila dah makan memang cukup kenyang.Mana taknya dalamnya penuh dengan lobak merah,timun, tuna dan lain-lain bahan.
TONTON GERENTI JADI : Resipi Sosej Gulung Rangup Goreng
Cara buat: 1.Sediakan sekeping roti, gelek nipis dan potong tepinya. 2.Letak inti tuna, telur hancur, jejari ketam 3.Letak timun dan lobak merah(dipotong memanjang) 4.Gulungkan roti hingga habis. 5.Potong kepada 2 bahagian 6.Letakkan sos dan mayo. 7.Tabur parsli flakes jika suka.
Wanpaku Sandwic
Roti wholemeal/ roti biasa gardenia
Isi ayam /nuggets
Sosej
Kubis ungu-hiris halus
Lobak merah -potong panjang
Timun Jepun – potong panjang
Telur hancur
Salad hijau – hiris halus
Mayonis
Sos cili
Cara buat: 1.Letakkan roti, susun semua bahan atas roti berlapis-lapis 2.Tutup roti dan balut dengan aluminium foil. 3.Belah tengah roti tadi. Dah siap untuk dinikmati.