Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut & Sedap

Share

Bagi yang gemar hidangan Lempeng Kelapa sedap, RASA kongsikan kembali resipi dari saudari Azizah Ali yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera. Enak dikmati secara terus atau boleh juga dimakan bersama kari atau sambal tumis. Memang membuka selera. Lempeng pun lembut je teksturnya. Selamat mencuba.

 

RESIPI LEMPENG KELAPA YANG LEMBUT & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum dan kelapa muda parut di dalam bekas yang bersesuaian. Gaul rata.

2. Masukkan santan dan juga air. Sebatikan dan pastikan tiada tepung atau kelapa parut yang berketul.

3. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Gaul lagi.

4. Panaskan kuali dan tuang adunan lempeng. Ketebalannya mengikut selera masing-masing.

5. Ulang proses sama hingga habis adunan lempeng.

6. Angkat dan sedia untuk dinikmati sama ada secara kosong atau dicicah dengan sambal tumis serta kari.

Kredit resipi & foto: Azizah Ali

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur