Lepat pisang sememangnya menjadi kegemaran ramai dan ia sememangnya satu kuih yang cukup klasik. Bila dimakan panas-panas selepas dikukus, ah terasa nikmatnya. Tak susah pun nak buat kuih ini, boleh cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Dapur Shai Anne ini.
RESIPI LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan pisang lemak manis (dipenyek)
- 1 cawan gula (kalau tak suka manis boleh kurangkan gula ikut selera masing-masing)
- 1 sudu teh garam
- 1 kotak santan Kara (apa-apa brand pun boleh)
- 1 cawan kelapa parut
- 2 1/4 cawan tepung gandum
- Daun pisang (dilayur dahulu)
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan di atas kecuali daun pisang sehingga sebati.
2. Letak bancuhan lepat dalam daun pisang. Bungkus ikut cara seperti di dalam gambar.
3. Akhir sekali, panaskan air di dalam pengukus dan kukus lepas pisang selama 40 minit.
4. Siap.
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: DAPUR SHAI ANNE
Artikel menarik yang boleh dibaca:
Buat Rempeyek Dengan Hanya Menggunakan Kulit Popia. Memang Mudah!
https://www.rasa.my/kuih-lapis-guna-santan-asli-padu-rasa-lemaknya/
Resipi yang boleh dicuba di rumah:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daging Bakar & Sos Pencicah Ala Dannok Thai
Daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thai yang menyelerakn. Daging yang diperap dengan ramuan kkas membangkitkan rasa daging dan sos masam manis menmbahkan lagi selera.
DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:
- 2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
- 2 sudu besar sos tiram*
- 2 sudu besar kicap cair*
- 1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
- 1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
- 1 sudu kecil lada sulah*
- 2 sudu besar gula perang*
- 3 sudu besar susu cair*
- 1 sudu kecil serbuk cili *
- Sedikit serbuk perasa*
- Sedikit minyak masak
- 1 ketul arang size kecil
- Aluminium foil
CARA MEMASAK:
- Perap daging selama 3-4jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda *
- Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)
- Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
- Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
- Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2minit sahaja ye.
- Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah thai.
SOS PENCICAH DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN:
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit hirisan daun bawang
- 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
- 1 sudu besar serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder)
- 4 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar) – kalau tidak ada boleh ganti dengan gula perang
- 1 sudu sudu besar pes asam jawa – cairkan dengan sedikit air panas
- 2 sudu besar thai chilli flakes
- 3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya sahaja
- 1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Sesuaikan mengikut rasa anda. Siap utk dihidang bersama daging bakar.
Kredit: Adnilsam Apat
Datin Balqish Banu Kongsi Resipi Ayam Sambal Merah & Kurma Daging, Meletop Sedapnya
Lagi dua hari dah pun Raya. Kalau korang masih fikir resipi lagi, ni dia dua idea lauk pauk raya untuk korang cuba. Ni resipi dari Datin Balqish Banu Mohd Hussni, isteri pengasas VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk Azril Mohd Radzi .
Best korang ringkas tapi sedap. Syawal ni tak payah masak rumit-rumit. Ni untuk makan anak beranak aje, ingat tau beraya di rumah aje. Sambil menjamu selera sekeluarga.
AYAM SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih
5 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
- Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram.
- Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api.
- Ayam sambal sedia dihidangkan dengan nasi tomato
KURMA DAGING BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis dan lebar
3 biji kentang | belah 4
4 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
1sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1sudu makan serbuk ketumbar
1 liter santan
2 biji bawang besar | belah 6
2 biji tomato | belah 6
3 biji cili hijau | belah dua
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji buah keras
3cm halia
2 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya.
- Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
- Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang.
- Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit.
- Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau.
- Kacau seketika, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
https://www.rasa.my/lauk-pauk-minang-untuk-hidangan-pagi-raya/
Cara Buat Kari Chettinad Atau Kari Kambing Versi Vegan
Sempena Deepavali yang bakal menjelma, pastinya menu istimewa mahu dihidangkan buat keluarga. Apa kata masak kari chettinad, resipi asli dari Chef Dave. Memang puas hati menikmatinya dengan rempah ratus yang terpilih. Pasti bertambah makan nanti.
Bahan-bahan:
Masa Penyediaan : 15 minit
Masa memasak : 1 jam
Hidangan : 4-6 orang
2 sudu besar Minyak Kelapa Ammani
2 daun salam India
2 labu bawang merah
1 sudu besar pes bawang putih dan halia
1 biji tomato
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu teh gula merah-BELI ONLINE DI SINI
Garam secukupnya
Daun ketumbar
2 cawan air atau stok sayuran
Serbuk masala:
1 inci batang kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 ulas cengkih
2 sudu kecil biji jintan putih-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil biji lada
1 sudu kecil jintan manis-BELI ONLINE DI SINI
10 cili kering
5 cili kering gemuk
1 sudu besar biji ketumbar
¼ cawan kelapa parut
10 buah gajus
Cara memasak:
1. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada, buah gajus, cili kering, cili kering gemuk dalam kuali dan sangai.
2. Kemudian gunting cili kering dan cili merah lalu masukkan kelapa parut dan teruskan sangai.
3. Masukkan bahan yang disangai dalam satu mangkuk dan biarkan seketika.
4. Masukkan dalam balang kisar kering dan kisar bahan-bahan untuk jadikan serbuk.
5. Simpan bahan-bahan yang dikisar di tepi dahulu.
6. Masukkan minyak dalam periuk.
7. Masukkan bawang merah yang didadu dan tumis.
8. Masukkan pes bawang putih dan halia dan tumis.
9. Masukkan tomato, serbuk kunyit dan tumis.
10. Masukkan serbuk masala yang dikisar tadi dan tumis.
11. Masukkan satu cawan air dahulu lalu kacau dia.
12. Tutup periuk dengan penutupnya untuk biarkan serbuk masala kita masak.
13. Masukkan cendawan dan kacau sehingga cendawan disalut dengan kuah.
14. Masukkan selebih air yang ada dan tambah gula perang dan garam.
15. Kacau sehingga sebati dan masukkan daun ketumbar dan tutup semula periuk.
16. Siap untuk hidang.
Kredit: ChefDave VeganJourney