Cara Buat Loli Pop Telur Bersayur Yang Super Senang & Sedap. Mak-Boleh Cuba Ni.

Share

Bentuk dan warna makanan adalah tarikan utama seseorang itu untuk menjamahnya, bila mata tergoda, selera melonjak untuk menjamahnya.  Apa lagi anak-anak mesti suka punya,  Mak-mak boleh cuba buat, boleh buat bekal anak ke sekolah. Selain sedap Loli Pop ini juga  berkhasiat dan sangat mudah disediakan.

LOLI POP TELUR BERSAYUR

BAHAN-BAHAN:

2  biji telur

1 sudu makan mayones

Sedikit parutan lobak merah

Sedikit hirisan daun bawang

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Pecah telur dalam mangkuk dan campurkana mayones. Kacau rata.

asukkan parutan lobak merah dan daun bawang.

  1. Tambahkan garam dan kacau lagi.

Panaskan kuali non stick, kemudian dadarkan telur  hingga masak.

Keluarkan telur dadar tadi dan gulungkannya.Hiris lebih kurang 1 cm, kemudian cucukkan 3 hirisan telur pada lidi pencucuk satey seperti bentuk loli pop.

 

Published by
Norasida Myasin