Cara Buat Mango Float Cair Di Mulut & Sedap Ala Aiskrim

Share

Pernah makan mango float ala-ala aiskrim? Memang sedap makan sejuk-sejuk. Senang je rupanya nak buat sendiri di rumah.

Resipi yang dikongsikan saudari T-hah T-hah, sesuai untuk dihidangkan makan bersama keluarga, apatah lagi anak-anak. Mesti suka dengan hidangan pencuci mulut yang sedap dan sejuk.

 

MANGO FLOAT HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

3 biji mangga saiz besar | dipotong dadu


1 cawan non dairy whipping cream
1 peket biskut marie | dikisar halus – beli online di sini
1 cawan nestum (optional)
½ biji biji mangga*
½ cawan gula* – beli online di sini
½ cawan air*
(bahan bertanda * dikisar jadikan puri)

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Pukul whipping cream hingga kembang. Kemudian, campur dengan puri mangga. Pukul lagi hingga kental atau sebati.


2. Biskut marie dicampur dengan nestum. Kalau tak nak nestum pun boleh je, tapi lagi sedap kalau letak.


3. Mula-mula sudukan biskut/nestum ke dalam gelas atau acuan mini. Di ikuti dengan krim, kemudian mangga.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Ulang step yang sama sampai penuh. Akhir sekali, tabur sedikit biskut/nestum sebagai hiasan.
5. Sejukkan di dalam peti ais bahagian chiller. Kalau nak rasa ala-ala aiskrim, letak di freezer.

Kredit resipi: T-hah T-hah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff