
Ketika berpuasa alangkah nikmatnya dapat menikmati sesuatu yang sejuk dan segar. Jika anda mahukan minuman yang menyegarkan, bolehlah cuba buat Mango Shake Leleh. Paling penting, menyediakannya tidak sesusah mana. Sesuai sangat dijadikan minuman penyejuk tekak. Ayuh kita cuba resipi Mango Shake Leleh yang dikongsikan oleh Norliza Razali
RESIPI MANGO SHAKE LELEH

BAHAN-BAHAN:
Susu segar
Mangga masak (nak sedap letak banyak untuk dikisar)
Sediakan juga mangga yang dipotong dadu
Air
Susu pekat manis – BELI ONLINE
Susu cair – BELI ONLINE
Sunquick perisa mangga – beli online disini
Ais krim vanilla
Ais batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua sekali bahan. Seimbangkan rasa masam, manis dan lemak.



2. Siap untuk dihidangkan dengan buah mangga potong. Nak sedap lagi letak aiskrim vanilla. Tidak letak pun tidak mengapa sebab dalam shake tadi memang sudah letak aiskrim vanilla.
Sumber kredit: Norliza Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Lempeng & Sambal Hijau Sedap. Sekali Cuba, Memang Puas Makan
Simple Tapi Sedap Ayam Masak Kunyit Halia, Tak Sampai 30 Minit Dah Boleh Siap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Minuman Penyejuk Badan Sesuai Untuk Musim Panas.

Minuman penyejuk badan yang sedap semestinya menjadi pilihan ramai terutamanya di musim panas. Rasa sangat selesa bila dapat menikmati kesegaran jus dan minuman sejuk yang enak untuk meredakan panas dan rasa dahaga. Minuman-minuman sebegini tentunya boleh dihasilkan sendiri di rumah. Boleh kurangkan jumlah gulanya juga. Jom lihat resipi-resipinya.
KOLEKSI RESIPI MINUMAN PENYEJUK BADAN
1. BANDUNG STRAWBERI LAICI

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan sirap
- 5 sudu makan susu cair
- 1 biji strawberi ] dibelah 4
- 5 biji laici dalam tin
- Air secukupnya
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung
2. SODA SERAI BERMADU

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan madu
- 1 cawan soda
- 1 batang serai (diketuk)
CARA MEMBUAT:
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.
3. AIR KATIRA

BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan sirap hijau
- 2 helai daun pandan
- 1 liter air
- 1 tin susu cair
- 250 ml soda
- Sedikit katira ] getah anggur
- Sedikit sagu
- 1 sudu makan cendol
- 1 sudu makan cincau
- 1 sudu makan gajus
- 1 sudu makan badam
- 1 sudu makan kacang tanah ] digoreng
- 1 sudu makan kurma
- 3 biji buah kabung
- 1 sudu makan kismis
- 1 csudu teh biji selasih
- Sedikit buah semangkuk
- Gula batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.
2.Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.
3.Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.
4. JUS MANGGA PUDINA

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji mangga
- 2 sudu besar yogurt
- 2 gelas air
- 1 biji limau kasturi
- Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT:
1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
4.Tambah air gula jika suka.
5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
5. PEPPERMINT LEMONADE

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu makan gula
- Secubit garam
- 3 tangkai pudina
- 500ml air
- 2 biji lemon ] di perah jus dan tapis
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
6. JUS STRAWBERI LAICI

BAHAN-BAHAN:
- 5 biji strawberi
- 1 cawan air
- 4 sudu makan gula
- 5 biji laici
- Air secukupnya
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
2.Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
3.Tambah air jika perlu.
4.Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.
7. AIR KELAUT

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan gula
- 2 gelas air
- 1 sudu teh pewarna biru
- 50gm tembikai ] potong dadu
- 1/2 biji epal hijau ] potong dadu
- 1/2 biji belimbing ] potong dadu
- 1/2 biji oren ] dipotong dadu
- 2 keping nanas dalam tin
- 1 sudu makan biji selasih ] direndam
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula ke dalam air dan kacau sehingga larut. Masukkan pewarna.
2.Masukkan semua buah yang dipotong dadu, nanas dan biji selasih. Kacau sebati.
3.Masukkan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Boleh pelbagaikan buah-buahan mengikut kegemaran anda.
8. JUS LIMAU ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan gula
- 3 biji asam boi
- 3 biji limau kasturi
- Air secukupnya
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
INFO: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
9. CINCAU MILO TABUR

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu makan serbuk Milo
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 1/2 cawan air panas
- 1/2 cawan air sejuk
- 3 sudu makan cincau
- Ais secukupnya
- 3 sudu makan Milo ] untuk tabur
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3.Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4.Tambahkan ais. Sedia diminum.
INFO: Tidak perlu masukkan gula kerana Milo sudah sedia manis.
10. SIRAP LONGAN MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan sirap
- 2 gelas air
- 6 biji longan dalam tin
- 1 biji lemon
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
4.Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
5.Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Cara Buat Jeruk Limau Kasturi Asam Boi Homemade Guna 3 Bahan

Bagi anda yang suka minum minuman sejuk berperisa, boleh cuba buat Jeruk Limau Kasturi Asam Boi ni. Jika minum di kedai, mesti ada yang terlebih manis atau terlebih masam,. Buat sendiri boleh ‘adjust’ rasa. Malah puas minum! Kulit limau tu pun boleh dimakan dan tak pahit. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Bertley. Lepas ni tak perlu beli kordial berwarna dari kedai lagi.
RESIPI JERUK LIMAU KASTURI ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:
- Limau Kasturi
- Asam boi putih
- Candy brown sugar- boleh beli di pasaraya

CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih limau kasturi.

2. Rebus air hingga mendidih. Pastikan kuantiti air dapat menenggelamkan Masukkan limau ke dalam periuk dan biar mendidih 8-9 minit. Kacau sekali sekala supaya masak sekata. Kemudian toskan. Biar kering, tiada air di kulit luar limau. Nak lagi mudah, ambil tisu dan golek limau sambil keringkan dengan kipas.

3. Bila kulit limau sudah kering,ambil pisau tajam dan potong limau seperti dalam gambar. Jangan sampai putus.

4. Ambil penapis dan mangkuk kemudian picitl limau sampai habis jus. Buang semua biji yang ada.

5. Hasil jus limau yang diperah tadi.

6. Kemudian, ambil asamboi dan sumbat masuk dalam limau. Lebih mudah jika beli limau kasturi bersaiz besar.

7. Hasil limau kasturi yang telah disumbat dengan asam boi.

8. Seterusnya, tumbuk Candy Brown Sugar sampai hancur.

9. Ambil balang kaca dan letak limau asam boi di bahagian dasarnya. Kemudian masukkan candy brown sugar yang sudah ditumbuk tadi. Lakukan secara berselang seli.

10. Setelah siap dilapis, beginilah rupanya nanti. Lapisan paling atas tu haruslah gula.

11. Akhir sekali, tuang jus limau kasturi yang telah diperah tadi.

12. Tutup balang kaca tdan simpan di tempat redup dan kering. Perap selama 3 bulan supaya limau dan asam boi menjadi lembut dan manis. Dalam 2-3 hari sekali, goncangkan balang agar jus terkena pada limau yang dibahagian atas.

13. Setelah cukup tempoh pemeraman, limau dan asam boi akan menjadi lembut macam ni. Untuk menikmatinya, ambil limau dan tambahkan air sejuk. Ubah suai rasa ikut selera.

Kredit resipi & foto: Sue Bertley
Rasa Ala Vitagen, Resipi Air Oren Ni Guna 2 Bahan Je

Kalau bagi sesetengah orang, air oren pun nak post? Ye, kena post sebab rasanya sangat sedap!
Rasa air oren yang macam ala-ala vitagen, minum pula sejuk-sejuk, nyaman sungguh tekak ni.
Resipi yang dikongsi saudari Nur Haziqah ini, pasti boleh membuatkan anak-anak lupa pada air vitagen!
RESIPI AIR OREN RASA ALA VITAGEN

BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar oren sunquick
4 sudu besar susu pekat – beli online di sini
200ml air panas

TONTON Gerenti Jadi: Kek Oats Kurma Bersos Karamel (DR. OETKER)
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Campurkan susu pekat dan sunquick dalam satu jag besar.
2. Tuang air panas dan kacau-kacau sehingga semuanya sekata.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Tahap kemanisan boleh agak-agak sendiri ye. Saya buat kurang manis.
4. Tambahkan air sejuk atau letak ais. Siap untuk diminum.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

*Tiada sukatan khas untuk resipi ini. Boleh adjust ikut selera masing-masing. Kalau suka manis, bolehlah lebihkan sukatan bahan.
*Saya buat susu tak pecah/berkeladak. Kalau ada yang buat susu pecah/berkeladak, maaf ye.
Kredit resipi : Nur Haziqah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bila Anak-Anak Tolak Makan Nasi, Ibu ‘Pancing’ Hidangan Ala Fast Food
Suka Makan Kimchi? Boleh Buat Macam Ni Ikut Rasa Tekak Melayu
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

