Tercari-cari resipi puding yang sangat sedap tapi mudah untuk dihasilkan? Resipi Puding Seri Ayu perkongsian saudari Zura Zul ni antara yang terbaik untuk dicuba. Sesuai sangat dinikmati di musim cuaca panas ini. Malah ia juga boleh dijadikan sajian pencuci mulut atau dihidangkan di sebarang majlis keraian.
RESIPI PUDING SERI AYU
BAHAN-BAHAN:
- 10gm serbuk agar-agar
- 3/4 cawan gula
- 4 cawan air
- 4 sudu makan tepung kastard @ tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
- 1 tin susu cair @ 1 kotak santan 200ml + 1 cawan air | jadikan 2 cawan santan
- 3 helai daun pandan
- Secubit garam
- Pewarna hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masak air dengan serbuk agar-agar hingga mendidih. Kemudian masukkan gula dan daun pandan. Kacau rata.
- Masukkan susu cair atau santan. Kacau sekali lagi.
- Tambahkan tepung kastard dan secubit garam. Kacau sebati hingga mendidih. Sewaktu menunggu adunan mendidih, pastikan adunan sentiasa dikacau.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan berwarna putih dan satu lagi diwarnakan hijau.
- Basahkan acuan seri ayu dan tuang adunan putih sebanyak 1/2 adunan. Biar beku sedikit.
- Kemudian tuang adunan berwarna hijau pula hingga penuh acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
- Bila puding sudah keras, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zura Zul