Dapat makan Mi Goreng Basah untuk sarapan pagi memang best. Makan pula panas-panas memang ‘terangkat’ habis. Nak dapatkan Mi Goreng Basah yang sedap perlu ada cara untuk menyediakannya. Bukan asal campak semua bahan dalam kuali. Resipi Mi Goreng Basah Melekit-lekit yang dikongsikan oleh Hashimah ini sesuai untuk hidangan tiga orang dewasa. Cubalah!
RESIPI MI GORENG BASAH MELEKIT-LEKIT
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang merah besar 3 biji bawang putih – beli online 2 sudu makan cili kisar (boleh lebihkan) 5 sudu makan sos cili – beli online 2 sudu makan sos tiram – beli online 4 sudu makan kicap manis – beli online 1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air setengah gelas) –beli online Tomato setengah biji potong dadu
Optional bahan (terpulang dengan bahan apa yang ada)
1. Tumis bawang yang sudah ditumbuk. Masukkan cili kering dan tumis hingga agak pekat warnanya. Masukkan tomato, tumis hingga layu dan hancur.
2. Masukkan semua sos, gaul-gaul, dan masukkan semua bahan sampingan kecuali mi, sayur berdaun dan apa-apa bumbu yang cepat layu.
3. Masukkan 2 gelas air, dan bancuhan tepung jagung tadi. Perasakan gula garam. Siap untuk kuah.
4. Cara untuk menghidang. Jika sudah bersedia untuk makan barulah cedok kuah dalam kuali dan masukkan mi dan sayuran hijau. Panaskan, hingga sebati mi dengan kuah. Sedia untuk dihidang.
Ads
TIP:
* untuk semua jenis mi, tomato ditumis dahulu, rasanya berbeza dengan sekadar digaul mesra bersama mi dan sayuran lain. * sebelum tutup api, perah sebiji/setengah biji limau nipis dalam sekuali mi. Rasa mi akan lagi sedap dan tidak rasa masam pun.
Peminat mi goreng basah menyukai kerana seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Mi goreng basah kalau tidak kena dengan cara dan bahan boleh dapat hasil yang tawar serta mi yang kembang.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning-dibilas dan tos
10 ekor sotong-dibersihkan potong dan tos
1 paket Fish ball-dibersihkan potong dan tos
1 ikat sayur sawi jepun-dibersihkan, potong dan tos
1 biji tomato-dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu hesar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
1 cawan kecil air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TUMBUK
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
INFO:
Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.
Salad ni sangat sinonim dengan orang diet. Jadi kalau ada yang sedang berdiet, mungkin korang akan suka dengan resipi Salad Pasta ni. Sedap dan menyihatkan. Nak cuba? Nah, RASA berikan resipinya.
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
Di musim cuaca tak menentu dan selalau hujan ni, memang sedap kalau dapat makan bihun sup panas-panas. Kalau puan-puan ada merancang nak masak menu ni, boleh cuba resipi Bihun Sup cara cinaperkongsian saudari Nur Suraya Uyani. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun / yee mee
1 labu bawang putih – potong dadu
2 bungkus bebola ikan
1 bungkus filamen ketam
1/2 kg udang segar
Sawi / pak choy secukupnya
2 kiub pati ayam
2 sudu makan minyak bijan
Gula batu – sebesar ibu jari
Garam secukup rasa
Air secukupnya – anggaran 3 liter
BAHAN SAMBAL KICAP :
1 ulas bawang putih
15 biji cili padi
Sos cili secukupnya
Kicap secukupnya
Sedikit gula
(campur semua bahan dan sedia untuk digunakan)
CARA MEMASAK:
Celur bihun atau yee mee dalam air panas. Toskan.
Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih hingga kekuninggan. Ketepikan sekali dengan minyak gorengannya.
Untuk menyediakan sup, didihkan air, masukkan kiub pati ayam, gula batu, garam secukupnya dan minyak bijan.
Setelah kuah mendidih, masukkan bebola. Celur seketika kemudian angkat dan toskan. Diikuti dengan filamen ketam, udang dan juga sawi/pak choy.
Bila smeua bahan siap dicelur, bolehlah dihidangan bersama bihun dan sup.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira