Dapat makan Mi Goreng Basah untuk sarapan pagi memang best. Makan pula panas-panas memang ‘terangkat’ habis. Nak dapatkan Mi Goreng Basah yang sedap perlu ada cara untuk menyediakannya. Bukan asal campak semua bahan dalam kuali. Resipi Mi Goreng Basah Melekit-lekit yang dikongsikan oleh Hashimah ini sesuai untuk hidangan tiga orang dewasa. Cubalah!
RESIPI MI GORENG BASAH MELEKIT-LEKIT
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang merah besar
3 biji bawang putih – beli online
2 sudu makan cili kisar (boleh lebihkan)
5 sudu makan sos cili – beli online
2 sudu makan sos tiram – beli online
4 sudu makan kicap manis – beli online
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air setengah gelas) – beli online
Tomato setengah biji potong dadu
Optional bahan (terpulang dengan bahan apa yang ada)
Udang
1 batang sosej – beli online
4 biji fishball
1 batang fishcake
2 biji tauhu kering
1/2 biji tomato
1 biji cili merah (dihiris) – beli online
1/2 batang lobak merah (dihiris memanjang) – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang yang sudah ditumbuk. Masukkan cili kering dan tumis hingga agak pekat warnanya. Masukkan tomato, tumis hingga layu dan hancur.
2. Masukkan semua sos, gaul-gaul, dan masukkan semua bahan sampingan kecuali mi, sayur berdaun dan apa-apa bumbu yang cepat layu.
3. Masukkan 2 gelas air, dan bancuhan tepung jagung tadi. Perasakan gula garam. Siap untuk kuah.
4. Cara untuk menghidang. Jika sudah bersedia untuk makan barulah cedok kuah dalam kuali dan masukkan mi dan sayuran hijau. Panaskan, hingga sebati mi dengan kuah. Sedia untuk dihidang.
TIP:
* untuk semua jenis mi, tomato ditumis dahulu, rasanya berbeza dengan sekadar digaul mesra bersama mi dan sayuran lain.
* sebelum tutup api, perah sebiji/setengah biji limau nipis dalam sekuali mi. Rasa mi akan lagi sedap dan tidak rasa masam pun.
Sumber kredit: Hashimah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official