Cara Buat Mi Kari Simple & Super Sedap. Ikut Step By Step Ini Pasti Menjadi

Share

Dah bosan rasanya dengan hidangan lauk pauk.  Apa kata masak menu yang ringkas seperti mi. Pasti tidak menjemukan. Asyik masak mi goreng jom buat mi kari yang mudah buat.Boleh ikut cara  Qays Imran.

‍‍‍‍‍‍ Bahan-bahan:

¼ biji bawang besar -kisar
7 biji bawang kecik – kisar
7 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia -kisar
4 sekawan ( Bunga lawang, Bunga cengkih, kulit kayu Manis Dan buah pelaga)
Serbuk lada (dibancuh)
Daun kari
300ml santan
1½ paket kari ayam
Isi ayam
Fishcake
Fishball
Tauhu lampong
Udang
2 keping asam keping

Cara memasak:

1. Tumis 4 sekawan dan daun kari.


2. Masukkan bahan kisar ( bawang-bawang dan halia). Masukkan sedikit air.
Kacau sampai masak atau bertukar warna kekuningan.

3. Dah naik minyak, masukkan serbuk kari 11/2 paket.Masukkan sedikit air

4. Masukkan isi ayam.


5. Masukkan asam keping.


6. Masukkan 500ml air.

7. Masukkan 300ml santan.Masukkan 3 sudu serbuk cili untuk siapa yang suka pedas.


8.Masukkan fishball & fishcake.


9.Masukkan udang.

10.Masukkan tauhu lampung.Jangan lupa masukkan garam.

Kredit: Qays Imran

Ada yang nak shopping barangan rumah, boleh layari https://invol.co/cloqny

 

Published by
Putri Adila Saari