Makan

Cara Buat Mi Sanggul Goreng Basah Makan Panas-Panas Memang Sedap

Share

Kebiasaannya nak buat mi goreng basah kita gunakan mi kuning, tapi boleh juga diganti dengan mi sanggul. Rasa mi sanggul goreng basah ini memang sedap terutama kalau makan panas-panas.

Nak cuba? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.

Cara buat mi sanggul goreng basah

Bahan-bahan

2 mee sanggul -direbus atau rendam sehingga lembut dan toskan
Udang – dicuci bersih
4 biji telur
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato -belah 4
Kucai
Taugeh
7 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Kicap manis
Serbuk perasa

 

Cara membuat

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.

2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

 

3. Masukkan udang. Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.

4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa secukupnya. Gaulkan sekata.

5. Masukkan tomato dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.

6. Masukkan mee sanggul, tauge dan kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika. Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Ateekah.

 

IKLAN