Cara Buat Mi Telur Secara Homemade Guna 3 Bahan Je.

Share

Wow…mudah rupanya buat Mi Telur ni. Hanya guna tiga bahan yang memang ada di dapur. Memang jimat dan sangat simple. Boleh dinikmati dengan sup atau digoreng. Lepas ni tak perlu lagi mi telur kering di kedai. Buat sendiri secara ‘fresh’ di rumah menggunakan resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli. Sangat berbaloi dan terbaik untuk sajian keluarga.

 

 RESIPI MI TELUR HOMEMADE GUNA 3 BAHAN

 

BAHAN DOH:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Secubit garam halus

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan doh dan uli hingga sebati. Jika perlu, boleh masukkan sedikit air.

2. Doh yang pertama akan jadi begini. Tutup atau alas doh guna kain dan biarkan selama 30 minit dalam peti sejuk.

3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Kemudian uli doh menjadi pejal. Masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 15 minit.

4. Bila cukup masanya, keluarkan doh dan uli sekali lagi. Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Leper dan canaikan doh sehingga nipis seperti kain.

6. Potong doh yang dicanai tadi secara memanjang.

7. Didihkan air dan rebus mi selama 10 minit atau lebih.

8. Angkat mi dan lalukan di bawah air. Kemudian toskan.

9. Hidangkan bersama kuah sup ayam, hirisan daun bawang dan minyak cili.

 

Tengah cari RICE COOKER baru? Boleh pilih DISINI.

 

BAHAN SUP AYAM:

  • Ayam bahagian bertulang secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 biji bawang merah – hiris
  • 3 biji bawang putih – hiris
  • 2 hiris halia
  • Air secukupnya
  • 1 bunjut sup ikan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya dan sup bunjut. Biar hingga air mendidih.
  3. Kemudian masukkan bahagian ayam bertulang dan biarkan selama 40 minit.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Untuk hidangan mi, ambil sup jernih sahaja tanpa bawang.

BAHAN MINYAK CILI:

  • Bawang putih – cincang
  • Emping cili (chilli flakes)
  • Secubit garam
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat minyak cili, tumis bawang putih cincang dalam minyak yang banyak.
  2. Kemudian masukkan emping cili dan secubit garam
  3. Masak guna api perlahan hingga pecah minyak. Angkat.

Kredit resipi & foto:   Zurina Zulkefli

 

Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?

 

Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur