Minyak bawang putih ni memang banyak guna dalam masakan. Selain boleh digunakan untuk menumis, ia juga sangat enak jika dimakan bersama sup. Kalau nak masak apa-apa menu, hanya perlu ceduk dan terus masak. Tak perlu dah susah-susah tumbuk dan panaskan minyak. Resipi yang dikongsi oleh saudari Sharinaz Redwan memang sangat mudah. Puan-puan boleh cuba.
CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3-4 labu bawang putih – jumlah bergantung kepada banyak mana anda nak buat minyak bawang tersebut
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
1. Kupas bawang putih, bersihkan dan keringkan dengan tisu.
2. Masukkan ke dalam pengisar makanan ( food processor) dan cincang tanpa guna air.
Ads
3. Panaskan minyak dengan banyak menggunakan api sederhana.
4. Tumis bawang putih tadi hingga garing dan keperangan. Angkat.
Ads
5. Bila minyak dah sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan sedia digunakan dalam masakan.
6. Minyak bawang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Cukup disimpan di ruang biasa sahaja.
Sayuran seperti peria dan terung jika ditumis bersama ikan bilis dan cili padi memang sedap. Makan pula dengan nasi panas, boleh tambah berpinggan-pinggan dibuatnya. Tak perlu lauk lain lagi. Jika ramai yang suka, boleh cuba masak sendiri di rumah. Senang dan cepat! Sekejap je dah siap.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung hingga berubah warna. Ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes cili kering. 4. Kacau rata hingga pecah minyak. 5. Masukkan daging dan terung tadi, kacau lagi. 6. Kecilkan api, perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS TERUNG CILI PADI IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
4 biji terung panjang | buang sedikit kulit, belah dan potong dua
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng terung, kemudian angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi. 4, Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula. 5. Setelah cukup rasa masukkan terung goreng tadi dan gaul rata. 6. Tutup api dan terung sedia dihidangkan.
TUMIS PERIA BERSAMA IKAN BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
6 biji peria | buang biji dan hiris nipis
1 cawan ikan bilis kopek | kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi
CARA MEMASAK: 1. Gaulkan peria bersama garam, ramas-ramaskannya kemudian biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian cuci di bawah air paip dan toskan. 2. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. 3. Tumiskan bahan kisar, setelah wangi masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar tadi. 4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa. 5. Akhir sekali masukkan peria, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Setelah masak dan timbul minyak, tutup api. 7. Tumis peria sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA:
Pernah makan Asam Tempoyak Batang Keladi? Ini menu yang jarang-jarang jumpa tapi rasanya, sedap cukup dengan rasa masam, pedas yang digabungkan dengan rasa tempoyak , daun kesum dan bunga kantan yang memang wou.. rugi tak cuba. Kepada anda yang teringin, berikut RASA kongsikan resipinya.
ASAM TEMPOYAK BATANG KELADI
BAHAN-BAHAN:
3-4 pokok Keladi Kemahang muda
3 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
Sedikit ikan bilis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu.
Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata.
Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana.
Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam.
Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Pajeri nanas bercampur dengan terung adalah salah satu lauk yang sangat sedap. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NANAS TERUNG
BAHAN KISAR
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
BAHAN REMPAH
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
BAHAN ASAS
• Terung
• Nanas
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.
Resipi Oleh Masni Bahari dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!