Bulan puasa, Murtabak Daging atau ayam adalah antara sajian pembuka selera yang popular. Makan pula dengan kuah bawang cuka, memang sedap tak terkata. Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena ni boleh dicuba.
RESIPI MURTABAK DAGING HOMEMADE
BAHAN KULIT MURTABAK:
500gm tepung gandum cap sauh
1 sudu teh garam halus
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan mentega – dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu
1 biji kuning telur – nak guna sebiji telur pun boleh
250ml air suhu biasa
CARA BUAT DOH:
1. Satukan susu, air, kuning telur dan garam. Kacau sebati.
2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung dan mentega cair tadi. Ramas tepung hingga menjadi seakan serbuk roti.
3. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan. (empunya resipi uli doh guna bread maker)
4. Bila doh sudah sebati dan tidak melekat di tangan, tutup bekas selama 10-15 minit untuk merehatkan doh sebelum proses seterusnya.
5. Ambil doh, timbang berat 50gm. ( total doh akan dapat dalam 17 biji)
Ads
6. Bulat-bulatkan doh tadi seperti bola pingpong. Sapukan marjerin atau mentega pada doh dan susu dalam bekas yang telah disapu marjerin.
7. Tutup bekas dan perap doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditebar.
8. Prosesnya sama seperti membuat roti canai. Kalau uli malam, esok pagi sudah boleh dicanai. Simpan doh di suhu bilik sahaja.
BAHAN INTI MURTABAK:
1 pek daging kisar – empunya resipi guna 3 keping daging burger saiz besar yang dihancurkan
1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi.
2. Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
3. Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
4. Seterusnya masukkan kentang dan masukkan sedikit air. Tutup kuali untuk cepatkan kentang menjadi lembut.
5. Bila kentang sudah lembut, masukkan bawang besar, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga masak. Inti siap dan sejukkan.
CARA MEMBUAT MURTABAK:
Untuk proses ini, ada 2 cara:
Cara 1: Boleh terus tuang inti di atas doh yang siap dicanai dan masak atas api seperti memasak roti telur. Cara ini sesuai jika masak guna kuali besar seperti di kedai. Tebar doh, bentang atas kuali, tuang inti, lipat dan terus dimasak.
Cara 2: Masak dulu inti di atas dapur supaya proses membuat murtabak jadi lebih senang dan inti tidak bocor semasa diangkat ke atas kuali. Cara ini lebih senang untuk kita yang buat di rumah dengan kuali yang kecil.
CARA EMPUNYA RESIPI ( UNTUK 1 BIJI MURTABAK)
Ads
1. Ambil 2 sudu makan (membukit) inti dan campurkan dengan 2 biji telur. Kacau rata dan tuang atas kuali.
2. Masak inti dan bentukkan segi empat.
3. Ambil doh tadi dan canai @ tebar hingga nipis.
4. Letakkan kepingan telur dan inti yang digoreng tadi di atas doh.
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah serta kemaskan. Sedia untuk dimasak.
6. Percikkan sedikit minyak dan terbaikkan murtabak supaya masak sekata.
Ads
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama Jeruk Bawang.
BAHAN JERUK BAWANG BESAR:
1 biji bawang besar – hiris nipis
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna rose
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau sebati dan simpan dalam chiller sebelum dinikmati bersama murtabak.
Kreatif sungguh hasil kerja seni menguli sehingga terhasilnya pau bentuk bunga ros. Warna yang semulajadi menambah seri dengan menggunakan keladi unggu sebangai bahan utama. Jikalau berkenan bolehla asah bakat uli pau ros ni. Cantik!
PURPLE SWEET POTATO ROSE PAU
Bahan-Bahan:
250 gm keledek manis warna purple – di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera
Cara-Cara:
Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
Ita masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
Kalau guna tangan.Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri – gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 – 12 minit.
Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara dan step di bawah.
Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih
Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. Ita letak inti kacang merah
Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun. Perhatian! sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yang berada di sebelah bawah, sila lihat gambar. Gulungkan doh.
Untuk mengelakkan inti dari terkeluar ita gulung seperti nak buat kuih dadar pada permulan doh.
Kemudian gulung doh hingga hujung.
Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstick
Ita potong menggunakan pemotong doh
Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.
Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.
Bukan Kuih Keria! Tetapi Kuih Badok atau sesetengah orang mengenali dengan nama kuih getas. Perkongsian resipi dari Siti Nadirah merupakan air tangan bondanya yang menjual kuih sebagai sumber pandapatannya. Mesti sedap, kamu juga boleh mencuba!
RESIPI KUIH GETAS ATAU KUIH BADOK
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
1 peket tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
Garam
CARA MEMASAK:
Gaul semua bahan.. Bancuh dengan air sampai jadi doh.. Buat la bentuk donut..
GULA UNTUK DI SIRA
1 cawan gula
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Bancuh sampai gula pekat pastu masukkan adunan yg dh digoreng
P/s : ni bukan kuih KERIA..kuih keria guna keledek .. Ni guna KELAPA
Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Irhana Canella ni antara yang boleh dicuba.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN:
Tepung pulut
Air kapur secukupnya
Sedikit pewarna hijau
Gula melaka – dipotong dadu kecil
Santan pekat secukupnya
Sedikit garam
Sedikit tepung beras
( Jumlah bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak kuih yang anda ingin hasilkan.)
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.
2. Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula melaka dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas.
3. Bancuh santan bersama sedikit tepung beras dan sedikit garam. Ia bertujuan menaikan lagi rasa lemak santan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang elok sahaja.
4. Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga masak anggaran 15 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
6. Jika suka, anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk, panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.
7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.