Korang penggemar murtabak kalau makan Murtabak Daging Kambing ni, gerenti tak cukup sekeping. Memang sedap ye. Tapi kalau nak beli susah nak dapat kalau bukan bulan puasa, tapi apa kata korang buat je sendiri, kerana resipinya RASA kongsikan kat sini. Tapi kenalah rajin mencuba ye. Tak cuba tak jadi.

Cara Buat Murtabak Daging Kambing Sedap Sangat.

MURTABAK DAGING KAMBING

Ads

BAHAN-BAHAN:

KULIT MURTABAK:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 1/2 cawan air (campur sedikit garam)

BAHAN INTI MURTABAK:

Ads
  • 300gm daging kambing kisar
  • 2 biji bawang besar | potong dadu
  • 1 biji kentang | buang kulit & potong dadu kecil
  • 3 ulas bawang putih | potong dadu
  • 3 ulas bawang merah | cincang halus
  • 1cm halia | cincang halus
  • 4 sudu makan rempah kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

BAHAN CAMPURAN INTI:

Ads
  • 1 biji bawang | potong nipis
  • 6 biji telur atau secukupnya
  • 4 tangkai daun ketumbar | hiris halus
  • 4 tangkai daun bawang | hiris halus

BAHAN BAWANG JERUK:

  • 1 biji bawang besar | hiris nipis
  • 1 sudu makan cuka putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tepung gandum, telur, susu pekat manis dan marjerin, gaul sebati.
  2. Masukkan air bergaram tadi sedikit demi sedikit sambil uli hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan, lembut dan licin.
  3. Bulat-bulatkan doh dan sapukan sedikit marjerin supaya doh tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 2-3 jam.
  4. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
  5. Masukkan rempah kari, kacau rata dan tambah sedikit air. Kacau hingga pecah minyak dan garing. Kemasukkan daging kambing kisar, kacau rata hingga warna daging berubah dan sekata dengan bahan tumisan.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, terus kacau hingga inti garing.Tutup api dan biarkan sejuk.
  7. Ambil beberapa sudu makan inti masukkan dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur di dalamnya. Kemudian masukkan hirisan bawang, daun ketumbar dan daun bawang. Kacau sebati dan ketepikan seketika.
  8. Sapukan tangan dengan sedikit minyak, dan tebarkan doh roti canai dan arik nipis-nipis .
  9. Masukkan inti, lipat dengan kemas hingga inti disaluti sepenuhnya.
  10. Panaskan minyak dan goreng murtabak dengan api perlahan hingga masak.
  11. Angkat dan bolehlah dinikmati dengan kuah Dhal serta hrisan cuka bawang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI