
Suka mengunyah snek? Resipi kudapan ala muruku menggunakan mi kuning perkongsian Farhan Fakhri Faris Taufiq ini antara yang mudah dah boleh dicuba. Istimewa kudapan ini menggunakan mi kuning dan tepung gorengan segera sahaja. Hasilnya nampak sedap kan? Jom lihat bahan-bahan dan cara penghasilannya. Selamat mencuba.
RESIPI ‘MURUKU’ MI KUNING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Mi kuning
- Tepung gorengan serbaguna
- Daun kari
- Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Bilas mi kuning sekadar basah. Toskan sekejap.
2. Gaulkan mi tadi dengan tepung gorengan serbaguna. Gaul rata hingga semua bahagian mi bersalut sempurna.
3. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yag banyak dan goreng mi tadi.
4. Bila mi nampak kuning keemasan, masukkan daun kari dan terus angkat dari kuali.
5. Sedia untuk dinikmati.

INFO: Jangan goreng lama nanti hasil gorengan tidak cantik.
Kredit resipi & foto: Farhan Fakhri Faris Taufiq
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Acar Ikan Masin, Pedas Menyengat & Sangat Sedap

Peminat menu Acar Ikan Talang Masin boleh cuba resipi perkongsian saudari Intan Izaida. Enak dimakan bersama nasi panas, menu ini tentunya harus dicuba dan dibuat stok di rumah. Resipi ini juga mempunya rasa yang pedas. Jadi bagi yang suka makan lauk pedas, sesuai sangat cuba resipi ini. Pastinya puas hati. Jom lihat cara-caranya.
CARA MASAK ACAR IKAN TALANG MASIN

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talang saiz sederhana – ambil bahagian isi sahaja – beli online disini
Lobak masin
20 ulas bawang merah – potong 4 kalau kecil & dipotong 6 kalau besar
3 ketul halia saiz 3 inci – dipotong mancis
2 labu bawang putih – belah 2
2 biji bawang besar – kisar halus
6 ulas bawang putih – kisar halus
Jeruk cili api kampung
10 biji kurma merah – beli online disini
Goji berry / wolfberry
Buah pala kering
Segenggam Antioksidan booster Signature Market (Dried Apricot, Dried Cranberry, Dried Wolfberry, Dried Blackcurrant – Boleh tukar 1 genggam kismis – beli online disini
1 ketul gula melaka – beli online disini
2 sudu makan gula merah – beli online disini
1 sudu makan halba – beli online disini
1 sudu makan biji sawi – beli online disini
1 sudu teh jintan manis – beli online disini
2 sudu serbuk cili – beli online disini
2 sudu rempah kari ikan / daging – beli online disini
Jeruk kulit lemon
1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:
1.Rendam isi ikan talang sejam sebelum masak. Bilas & sejat.
2. Ambil bawang putih dan rendam dengan air kapur makan dan cuka. Kemudian sejat, bilas dan goreng. Ia bertujuan goreng supaya acar tahan lama.
3. Goreng ikan masin sehingga garing, sejat & ketepikan.
4. Goreng lobak masin sehingga garing, sejat & ketepikan.
5. Goreng bawang merah, bawang putih & halia sehingga agak garing (jangan terlampau coklat nanti pahit), sejat & ketepikan.
4. Panaskan 1 senduk kecil minyak, tumis halba, biji sawi & jintan seketika.
5. Tuang pes bawang masak sehingga wangi & pekat.
6. Masukkan serbuk cili dan rempah. Masak sehingga pecah minyak atau agak garing (kalau kurang minyak tambah sikit sahaja)
7. Masukkan gula melaka yang sudah diketuk kecil, gula merah, dan garam. Masak sampai kuah pekat.
8. Masukkan kulit lemon, kurma, goji berry, antioksidan boost atau kismis & buah pala.
9. Jika kuah pekat, masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Masak lagi sampai nampak kurma yang kecut tadi menjadi kembang.
10. Bila kuah sudah agak pekat berpalut, masukkan lobak yang digoreng, ikan masin & bawang-bawang halia yang digoreng tadi. Kacau sebatikan hingga sebati.
11. Akhir sekali masukkan jeruk cili. Kacau sebati.
12. Acar Ikan Talang Masin sedia untuk dinikmati.

NOTA: Resipi ini memang pedas. Kalau tak tahan pedas dinasihatkan kurangkan serbuk cili atau tidak perlu letak langsung serbuk cili & cili jeruk. Cili jeruk boleh tukar cili api segar.
Kredit resipi & foto: Intan Izaida
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Hidangan Pajeri Terung Yang Sedap & Pekat, Confirm Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kuih Keria Ubi Keledek Yang Sedap & Lembut.

Anda suka makan Kuih Keria? Apa kata cuba resipi yang menggunakan campuran ubi keledek perkongsian saudari Masni Bahari ni. Memang sedap dan lembut je bila dimakan. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH KERIA UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan ubi keledek oren – rebus lembut & lenyek
- 1 sudu makan tepung beras
- 4 sudu makan tepung gandum
- Sedikit garam
- Gula – untuk salut kuih nanti
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah direbus perlu dilenyek. Letak sedikit garam dan biarkan sejuk.
2. Bila ubi dah sejuk, masukkan kesemua tepung dan uli. Jika tepung masih melekat di tangan, biarkan sahaja. Biar adunan selama 1/2 jam.
3. Bahagikan doh dan bentukkan adunan menjadi bentuk kuih keria. Harus diingat, masa bentukkan adunanm harus sapu minyak masak pada tangan. Ia bertujuan nak elak adunan melekat.
4. Panaskan minyak masak guna api sederhana dan goreng kuih keria tadi. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk menyediakan salutan gula, masukkan 5 sudu makan gula dan sedikit air ke dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat dan bertali.
6. Masukkan kuih yang digoreng tadi dan kacau sampai gula menjadi keras.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Masni Bahari
Aneka Hidangan Sambal Kering Cili Padi Ikan..Fuhh Terrbaik Confirm Bertambah Nasi Lah!

Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, ia memang sedap dan terbaik. Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidangan pemikat selera. Tak percaya kena cuba.
KERISI GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- 20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
- 2cm halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
- Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR

BAHAN-BAHAN:
- 8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- 1.Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
CAR MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata dan tutup api.
- Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis besar | basuh dan toskan
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih titik
- 2 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- Sedikit gula
- Garam jika perlu
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
- Tumis hingga wangi dan layu.
- Masukkan ikan masin. Kacau rata.
- Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.

