Cara Buat Nasi Ayam Paling Sempoi, Sesuai Untuk Beginner

Share

 

Nak buat nasi ayam memang banyak step. Yalah, kena masak nasi, sambal, sup, ayam nak kena goreng. Eh macam-macam. Tapi nasi ayam adalah salah satu hidangan yang popular. Hidangan ini cukup dengan karbohidrat, protein dan juga sayuran. Turut ada sup. Jadi, memang cukup lengkap kalau hidangkan nasi ayam untuk makan seisi keluarga. Nak membuatnya juga senang. RASA kongsikan resipi nasi ayam yang simple daripada ibu anak dua yang memuat naik hidangan ini di laman facebooknya.

 

NASI AYAM SIMPLE

BAHAN NASI AYAM
2 cawan beras (cuci macam biasa)
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Daun pandan (diikat)
Garam secukupnya

CARA MEMBUAT NASI AYAM


1. Beras dibasuh macam biasa. Masukkan dalam periuk nasi. Masukkan air secukupnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih.
4. Masukkan tumisan dalam periuk nasi.
5. Masukkan daun pandan dan garam.
6. Masak macam biasa.

BAHAN AYAM GORENG


1 ekor ayam (potong kecil)
Air secukupnya (untuk merebus)
Kicap manis secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT AYAM GORENG
1. Rebus ayam.
2. Angkat dan perap dalam kicap.
3. Goreng sehingga masak.

BAHAN SUP AYAM
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Kaki ayam
Leher ayam
Air secukupnya
Sup bunjut
Bawang goreng
Daun sup

CARA MEMBUAT SUP AYAM


1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih. Masukkan kaki ayam dan leher ayam. Masukkan air.
2. Biarkan mendidih dan masukkan sup bunjut. Biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan bawang goreng dan daun sup. Matikan api.

BAHAN SAMBAL


2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji cili merah besar
6 biji cili padi merah

CARA MEMBUAT SAMBAL

1. Kisar semua bahan.
2. Masak dalam kuali sampai mendidih.

Kredit: Facebook Lovely City

Published by
Maryam Elyas