Cara Buat Nasi Butter Ayam Crunchy Paling Mudah Yakmat, Tak Sampai 45 Minit Dah Siap

Share

Nasi Butter Ayam Crunchy menu ‘terpaling’ mudah nak masak. Masak sekali harung je dalam periuk elektrik. Tak sampai 45 minit dah boleh siap masak. Untuk mereka yang sentiasa sibuk tapi dalam masa yang sama suka masak sendiri boleh cuba masak Nasi Butter Ayam Crunchy ini. Berikut resipi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah

RESIPI NASI BUTTER AYAM CRUNCHY

BAHAN-BAHAN:

2 pot beras, cuci dan toskan –BELI ONLINE


20 gm mentega, marjerin pun boleh
½ ekor ayam dipotong kecil dan letak garam
3 ulas bawang putih dihiris nipis –BELI ONLINE
1 inci halia diketuk – BELI ONLINE
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar/susu cair/susu kotak
2 cawan air

CARA MEMBUAT:

1. Cairkan mentega dan tumis bawang putih, halia dan daun pandan sampai naik bau dan sedikit garing dan masukkan beras dan kacau sebati.

2. Masukkan susu dan kacau sebati. Selepas itu masukkan air dan juga kiub pati ayam dan kacau sebati.

 

3. Susunkan ayam di bahagian atas biar sekata lalu tutup periuk dan tekan butang ‘0n’. Tunggu sampai nasi masak. Kalau ada sayur boleh masukkan di bahagian atas nasi dan tutup tudung biar sekitar 5-7 minit, siap dikukus.

4. Apabila sudah siap, keluarkan sayur dan asingkan. Keluarkan ayam, sapukan mentega dan masukkan dalam air fryer pada suhu 200 degree selama 12 minit. Boleh juga digoreng dengan api yang kuat hingga keperangan (golden brown). Siap dan hidangkan. Mudah bukan?

* Untuk sup, boleh rebus kaki ayam dan bahagian-bahagian tulang atau lemak. Manakala untuk sos pula boleh guna sos chili Thai.  Boleh potong daun ketumbar dan perah limau/lemon sedikit untuk rasa yang lebih sedap. Selamat mencuba.

Sumber kredit: Khairul Abdullah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has