Cara Buat Nasi Daging & Air Asam Untuk 10 Orang Makan. Resipi Lengkap Gerenti Jadi

Share

Masak menu yang satu pasti ramai yang menggemarinya. Padanan nasi daging bersama air asam biasa menjadi hidangan ketika acara istimewa. Aroma nasi daging pasti membuka selera tetamu untuk menjamah menu dari air tangan anda. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsi ini.

Bahan-bahan ( 8-10 orang ):
1 kilo beras – basuh dan toskan
500 g daging – dipotong kecil, bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan sos tomato-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan sos cili-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang – dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sudu besar ketumbar biji*-disangai
2 sudu kecil jintan halus/putih*- disangai
1/2 jari halia*
2 sudu besar kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis, cengkih, pelaga
2 helai daun pandan – disimpul
2 batang serai – dititik
1 sudu besar rempah kari daging / kurma – saya pakai 1 bungkus kecil
.
Cara memasak:


1. Kisar bahan-bahan bertanda * hingga halus.
2. Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. (Yang ni kita tak buat sebab lepas tumis semua bahan dah naik minyak dan bau baru kita masukkan daging mentah dan masuk air sikit tunggu mendidih. Kemudian masak daging tu dan ikut step seterusnya)
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis, daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu, kacau dan biar mendidih sebentar.
5. Masukkan pula beras dan gaul rata. Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.
6. Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
7. Ketika menghidang, tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

 

Air asam:
Bahan-bahan:
4 biji cili -terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji lada merah besar
1 ulas bawang putih
1 inci belacan yang dibakar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
60 ml air asam jawa
1 sudu kecil gula (ikut citarasa manis sendiri)
secubit garam

**Kesemua bahan di atas dikisar hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak macam mana, kalau nak cair sedikit hanya tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan tadi dan siap untuk dihidang bersama nasi daging .

Bahan hiris:
Sedikit hirisan bawang merah
Sedikit tomato-dihiris dadu
Daun ketumbar -dihiris halus
1 biji cili- dihiris bulat

Selamat mencuba

Pemilik resipi:Fayad Gojez

ADA YANG NAK MEMBELI PRESSURE COOKER, LIHAT DI SINI

Published by
Putri