Cara Buat Nasi Daging Paling Senang, Korang Boleh Cuba.

Share

Bila tiba-tiba tekak nak makan Nasi Daging, alahai tentu korang tak sabar nak masakkan?  Kalau dah terlajak mengidam buat jelah sendiri Nasi Daging ikut menu yang dikongsikan ini.   Sebab nasi ini sangat senang nak masak dan tak banyak bahan yang perlu disediakan.  Jom tengok resipi yang admin sharekan ini.

NASI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi |rendam 30 minit dan tos
  • 1liter air rebusan daging
  • 500gm hirisan daging rebus
  • 1cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu pes tomato
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak
  • REMPAH PENUMIS:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN KISAR:
  • 5 ulas bawan merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis daun pandan bahan rempah penumis.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk kurma dan sup, tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air rebusan daging dan susu cair bersama tomato puri dan kacau lagi.
  4. Setelah air mendidih masukkan beras dan daging, perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masak seperti nasi biasa lebih kurang 15-20 minit.

DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang
  • 1 sudu pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit hidup
  • 4 batang sera

CARA MEMASAK:

  1. Potong daging kepada beberapa bahagian. Cuci bersih dan toskan.
  2. Gaulkan bahan kisar bersama daging hingga sebati.
  3. Perapkan sekurang-kurangnya satu jam.
  4. Kemudian bakar (semasa membakar sentiasa balik-balikkannya).
  5. Setelah masak, hiris nipis.
  6. Sedia dihidangkan bersama Air Asam dan Nasi Daging.

 

AIR ASAM:

BAHAN-BAHAN:

  • 3cm belacan | bakar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji limau nipis | jus sahaja
  • 2 biji tomato | potong dadu
  • 2-3 ulas bawang besar | hiris  nipis
  • 4-5 biji cili padi  |hiris nipis
  • 3 biji cili merah  | hiris nipis
  • 3-4 biji cili hijau | hiris nipis
  • Sedikit gula dan garam

 CARA MEMASAK:

1.Bancuhkan belacan dengan jus limau nipis dan air asam jawa.

2.Masukkan kesemua bahan hirisan yang lain.

3.Tambahkan sedikit garam dan gula, gaul rata.

4.Air Asam sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Norasida Myasin