
Sekarang dok tular Nasi Ayam Kunyit, apa kata kreatif sikit, kita padankan Ayam Goreng Kunyit dengan nasi goreng. Maka jadilah Nasi Goreng Ayam Kunyit, menu sempoi terlajak sedap. Sesuai sangat dengan orang bujang, tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya. Resipi ni hanya ambil masa 15 minit, dah siap boleh makan. Gerenti sedap, puas hati dan tak payah tukar baju, keluar rumah dan buang minyak beli kat luar.
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Kunyit:
- 100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
- Sedikit hirisan kacang buncis
- Sedikit hirisan lobak merah
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 ulas bawang putih | cincang
- Sedikit hirisan cili padi dan merah
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Nasi:
- 1 mangkuk nasi putih
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu makan sos tiram
- Sedikit minya masak untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.

LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.

LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit sos tiram.

LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.

LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.

LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Ayam Panggang Mudah & Sedap Masak Guna Oven.

Di musim cuti sekolah begini, sesuai sangatlah jika anda mencuba aneka resipi ayam panggang yang bukan sahaja enak malah menyihatkan. Nak makan dengan nasi atau aneka hidangan sampingan lain pun sedap! Anak-anak pasti suka. Jangan lupa cuba ya.
1. AYAM PANGGANG ROSEMARY

BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam
- Garam secukup rasa
Bahan Perapan:
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu makan lada hitam |ditumbuk kasar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan madu
- 2 tangkai rosemary | diambil daunnya
- Serbuk paprika secukupnya
BAHAN SOS:
- 1 ulas bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 1 tangkai daun rosemary
- 1 liter sos perang
- 2 sudu besar minyak zaitun
- Roux (cairkan 2 sudu makan mentega, gaulkan dengan sedikit tepung sehingga pekat, masak selama 3 minit).
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan lumurkan dengan garam serta bahan perapan. Perap selama 2 jam.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 60 minit atau sehingga ayam kelihatan masak.
- Untuk menghasilkan sos, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang merah bersama bawang putih hingga layu.
- Kemudian masukkan daun rosemary dan masak sehingga wangi.
- Akhir sekali, masukkan sos perang diikuti roux untuk memekatkan sos. Sedia untuk dinikmati bersama ayam panggang.
Info chef: Waktu memanggang mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar yang anda gunakan. Selalu perhatikan kondisi ayam agar ia tidak hangus.
2. AYAM PANGGANG MADU

BAHAN-BAHAN:
- 250gm ayam | dibersihkan
BAHAN PERAPAN:
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk
- 1 tangkai daun thymes
- 1 tangkai rosemary
- Sedikit oregano
- 1sudu teh serbuk paprika
- 3 sudu makan madu
- 1 biji jus lemon
- Garam secukup rasa
BAHAN SOS MADU LEMON:
- 3 sudu makan minyak jagung
- 2 sudu makan madu
- 1 biji jus lemon
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang 1/2 hari.
- Panggang ayam dengan api yang perlahan lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan dan jadikan seperti vinaigrette.
- Hidangkan bersama ayam panggang madu tadi.
Info chef: Sebaiknya guna ayam bahagian paha kerana ia cepat masak dan lebih berjus.
3. AYAM PANGGANG HALIA

BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam |bahagian paha
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 3 inci halia
- Garam secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
- Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
- Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Sedia dinikmati.
4. AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU

BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | potong dadu
- 2 biji kentang | belah empat
- 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
- 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
- 1 biji bawang Holland | potong dadu besar
- 2 tangkai daun rosmarry segar
- 1 sudu teh serbuk Thyme
- 1 sudu teh emping cili
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan yogurt
- ½ cawan parutan keju
- 3 sudu minyak zaitun
- 1/2 biji lembon | jus sahaja
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan ayam,kentang, bawang Holland, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
- Perap lebih kurang 15 minit dalam peti sejuk.
- Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
- Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
- Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
- Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
- Keluarkan dari ketuhar, dan sedia dihidangkan panas-panas.
5. AYAM BARBEQUE MADU

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | saiz sederhana | bersih dan toskan
- 1 biji bawang besar | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia muda | kisar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 3 sudu makan madu
- 1 sudu makan kucap pekat manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madau, kicap pekat manis dan garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
- Masukkan dalam bekas dan perapkan satu malam dan simpan dalam peti ais.
- Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
- Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.
6. AYAM PANGGANG KETUHAR

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana
- 1 batang seleri |potong empat
- 1 sudu teh herba thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 1 biji bawang besar |belah dua
- Beberapa tangkai daun parsli
- 1 helai daun bay
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos Lea & Perrins
- 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
- 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
- Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
- Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
- Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
- 5.Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
- Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
- Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
Info chef: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
Resipi Ayam Masak Paprik Sedap & Mudah Ala Kedai Tomyam

Ayam Masak Paprik memang digemari ramai dan menjadi antara ‘Top 10 Menu’ yang selalu di pesan di kedai dan restoran masakan panas. Anda dan keluarga pun suka menu ni? Ha… Bolehlah cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Sedap dan memang mudah. Jom cuba!
AYAM MASAK PAPRIK SEDAP. BEGINI CARA MASAKNYA

BAHAN-BAHAN:
Sedikit ayam – potong kecil-kecil
2 batang lobak merah – potong ikut suka
5 batang putik jagung – potong ikut suka
3-4 tangkai kacang panjang – dipotong (boleh ganti dengan bunga kubis)
10 biji cili padi
4 sudu besar sos cili – beli online disini
2 sudu besar sos labu (jika tiada jangan letak) – beli online disini
4 batang serai – diketuk
5-6 helai daun limau purut – carik
Sedikit kicap manis (untuk gelapkan kuah) – beli online disini
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
2 1/2 senduk minyak masak (untuk menumis)
1/2 cawan air (untuk kuahnya)
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering – beli online disini
1 biji bawang besar – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
Sebesar ibu jari halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan serai. Goreng hingga perang.
2. Kemudian masukkan bahan kisar, gula, garam dan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan berubah warna.
3. Masukkan sos cili, sos labu (abaikan jika tiada) dan kicap. Kacau lagi.
4. Masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau sebati.
5. Seterusnya masukkan semua sayuran dan cili padi.
6. Masukkan air dan biar hingga mendidih ganas. Sesuaikan rasa mengikut selera anda.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ayam Bakar Paling Mudah & Sedap. Gaul Dengan Sos Apa Ada, Bakar Dalam Oven

Kalau selalu buat ayam goreng, bosan juga. Cuba tukar kita buat ayam bakar pula. Tapi dengan cara yang paling senang. Gaul saja ayam dengan sos yang ada di rumah dan bakar dalam oven.
Cuma pesan empunya resipi Fazilawati Binti Padzil kalau nak cuba, jangan buat sikit nanti tak cukup! Rasanya macam ayam bakar Pizza Hut!
Cara buat ayam bakar paling senang tapi sedap

Bahan-bahan
12 ketul ayam
2 sb cili kisar
5 sb sos cili (Kimball)
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1/2 sb serbuk perasa (Hilal)
1 1/2 sb gula
1 sk garam
2 ulas bawang putih – tumbuk kasar
Bahan kisar kasar
1 sb biji ketumbar
1 sb lada hitam
Cara membuat:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan hingga rata. Lagi sedap perap semalaman.
2. Bakar pada suhu 180°c – 200 °c selama 40 minit. Boleh gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Tempoh ini dah cukup untuk ayam masak luar dan dalam.

3. Untuk elak sos melekat, alas dulang dengan aluminium foil sebelum letak ayam. Boleh tuang sos perapan sekali.
4. Boleh makan dengan nasi atau makan macam begitu saja.

Sumber: Fazilawati Binti Padzil


