Nasi impit homemade sememangnya lagi sedap daripada ketupat segera. Kalau ikut cara orang dulu dulu untuk menyediakan nasi impit ini, nasi lembik perlu disediakan terlebih dahulu.

Kemudian nasi lembik ini akan dilenyek dan ditekan. Nasi impit ini juga perlu dibiarkan mampat beberapa lama kemudian barulah boleh dipotong. Sememangnya cara ini memakan masa yang lama.

Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk membuat nasi impit ini. Lagi menarik keluar seketul macam dalam gambar. Caranya dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina.

Ads

Tip ini menggunakan pressure cooker. Tapi buat yang tiada periuk ini boleh cuba menggunakan rice cooker biasa.

Cara Buat Nasi Impit Homemade, Keluar Seketul Macam Ni

 

Caranya
  • Sediakan beras 1 cawan dan air 3 cawan (beras biasa bukan basmathi)
  • Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air.
  • Masukkan ke dalam pressure cooker.
  • Tekan butang congee /soup. Kemudian boleh tinggalkan untuk buat kerja lain.
  • Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang untuk  terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar seketul cantik tak melekat.
  • Bila nasi sudah masak, satu tip untuk keselamatan jangan release wap. Biarkan wap keluar sendiri.
  • Lepas beberapa minit barulah buka penutup pressure cooker.
  • Angkat periuk kemudian tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.
  • Kemudian biarkan nasi impit sejuk, tak perlu alihkan ke bekas lain.
  • Bila sudah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah dipotong.
  • Selagi masih panas /suam jangan keluarkan dan jangan potong, biar dulu beberapa jam.

Cara Buat Nasi Impit Homemade, Keluar Seketul Macam Ni

Ads

Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan

 

Ads

Sumber: Wan Ros Ina Lina

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI