Makan

Cara Buat Nasi Lemak Utara, Nasi Warna Kuning & Tak Guna Santan

Share

Hidangan nasi lemak dah jadi hidangan biasa, untuk beri kelainan apa kata buat pula nasi lemak cara orang Utara atau dipanggil nasi lemak kuning.

Selain warnanya yang berbeza, cara memasak nasi lemak ini juga ada sedikit kelainan. Ia tak menggunakan santan dan ada bahan yang ditumis dahulu sebelum nasi ditanak. Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian daripada Nor Asiah

. Menurut beliau resipi ini daripada arwah ibunya, tapi lain orang lain caranya.
Cara buat nasi lemak kuning Utara

 

Bahan-bahan

3 cawan beras
*2 tangkai daun kari
*Bawang kecil dihiris
*Bawang putih dihiris
*Halia
*4 rempah sekawan
*Daun pandan
2 sudu Planta
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit serbuk kunyit

Cara membuat :

1. Tumis bahan bertanda hingga wangi dan kekuningan.

2. Kemudian masukkan air ikut sukatan beras, serbuk kunyit, garam dan sedikit kiub ayam (jika suka).

3. Bila air dah mendidih, masukkan beras dan biarkan sehingga masak.

4. Bila nasi dah masak, boleh masukkan Planta dan tutup periuk, biarkan dalam 4 minit. Kemudian, buka dan kacau rata.

5. Siap untuk dihidang.

 

Bahan untuk sambal tumis

Cili Kering kisar
Bawang besar dan sedikit belacan (dikisar)
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Bawang putih (diketuk)

Nak lagi feel, bungkus dengan plastik dan surat khabar.

Cara membuat:

1. Tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan cili kisar, kacau samapi garing/ naik bau.
2. Masukkan bawang kisar tadi, dan masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka.
3. Tumis sampai naik minyak dan masukkan sedikit air, air asam jawa dan garam.
4. Bila mendidih boleh masukkan apa-apa lauk yang suka seperti udang, ikan bilis, sotong dan sebagainya.

 

Selamat mencuba

Sumber: Nor Asiah

 

Published by
Rose