Bila dah teringin lauk pauk kenduri, jadi kita masaklah special hari ni. Gandingan lauk pauk kenduri yang biasa dijamu ketika kenduri adalah Nasi Minyak Hujan Panas Bersama Ayam masak Merah, Dalca Telur dan Papadom. Memang puas hati makan bila dihidangkan lauk sebegini. Dapur kan kita punya so jom kita realisasikan hajat nak makan lauk pauk kenduri.

Nasi Minyak Hujan Panas
Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih -BELI ONLINE DI SINI
1 inci halia -BELI ONLINE DI SINI
Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga
2 sudu besar mentega/ minyak sapi
1 kiub pati ayam
1/2 cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI
2 helai daun pandan
Pewarna (hijau, merah, kuning)-BELI ONLINE DI SINI
Kismis
Bawang goreng

Cara memasak:
1.Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya.
2.Panaskan mentega tumis bawang dan halia yang telah dikisar.
3.Masukkan 3 sekawan dan daun pandan.
4.Bila bawang dah garing, masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam
5,Tuangkan dalam periuk nasi.
6.Biarkan nasi masak, bila nasi dah kering titikkan pewarna
7.Biarkan 5 minit baru gembur-gemburkan nasi guna garfu supaya nasi tak patah.
8.Taburkan kismis dan bawang goreng.

Ayam Masak Merah
Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Hiasan- daun bawang/daun ketumbar
*bahan kisar

IKLAN

Cara memasak:
1.Ayam digaul dengan serbuk kunyit+garam dan goreng hingga masak.
2.Guna minyak goreng ayam tadi goreng bawang merah yang dah dihiris tadi dan angkat ketepikan,
3.Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan.
4.Bila dah naik bau, masukkan cili kisar.
5.Tumis hingga cili garing.
6.Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
7.Masukkan air.
8.Perasakan dengan garam dan gula.
9.Bila dah mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika.
10.Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api.
11.Hiaskan dengan daun ketumbar/ daun bawang

Kari Dalca Telur
5 biji telur – direbus
2 biji kentang
1 biji lobak merah
1 biji tomato
1 biji terung
1/2 cawan kacang dhal (rendam lebih kurang 2-3 jam)
1/2 kotak santan
2 sudu besar rempah kari
Minyak
Gula dan garam
Air secukupnya

Bahan tumis –
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia *
*dihiris halus

Cara memasak:
1.Tumis bahan-bahan hiris dan biarkan hingga naik bau.
2.Masukkan rempah kari dan sedikit air.
3.Masukkan rempah kari dan masak hingga naik minyak.
4.Masukkan kacang dhal, ubi kentang, karot dsn terung tadi.
5.Masukkan santan.
6.Biarkan mendidih.
7.Masukkan garam dan gula.
8.Kalau nak kuah banyak letakkan air lagi sedikit.
9.Akhir sekali masukkan telur rebus.
10.Biarkan kuah masak hingga pekat sedikit dan dah siap.
11.Masukkan cili merah/ cili hijau jika suka.
12.Kalau ada kacang panjang boleh je nak letak.
Selamat mencuba

Kredit resipi: Hidayati Hana

ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK? BOLEH BELI DI SINI.

Set Nasi Udang Kunyit Dengan Daging Tumis Kerisik & Udang Masak Jintan, Mantap.

Bau Wangi Daun Ketumbar Pada Nasi Ayam Thai Buat Berselera Nak Makan

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.