Cara Buat Nasi Ulam Terengganu Yang Mudah & Sedap!

Share

Nasi ulam ada pelbagai versi, ada versi utara, versi timur dan pelbagai cara pembuatannya.

Resipi nasi ulam kali ini versi pantai timur iaitu negeri Terengganu. Menerusi perkongsian daripada Muliadi Ramli, nasi ulam ini salah satu yang digemari suatu masa dahulu.

 

NASI ULAM TERENGGANU

BAHAN A: ULAM
Daun kunyit
Daun selom
Daun cekur
Daun pegaga
Pucuk tenggek burung
Pucuk putat
Pucuk jambu golok


Pucuk ulam raja
Daun kesom
Daun selasih
Daun kemangin
Bunga Kantan
Serai
Pucuk pegaga
Kacang botol
Cili padi – beli online di sini
*semua bahan di atas dimayang atau dihiris halus

TONTON Danish Cinnamon Cheese

TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni

BAHAN B

5 biji bawang merah – beli online di sini
3 sudu besar lada hitam – beli online di sini
3 ekor ikan selayang | dibakar
2 ekor ikan kering | digoreng
*semua bahan B ditumbuk

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN C

2 cawan nasi | dimasak kering sedikit


Garam & gula
Perasa
1 sudu besar kerisik – beli online di sini
½ biji kelapa parut
1 biji limau nipis

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Goreng kelapa bagi kering sedikit. Masukkan bahan B, gaul rata.
2. Masukkan kerisik, garam, gula dan perasa. Gaul-gaulkan bersama. Bila agak-agak sebati, tutup api.


3. Kemudian bolehlah dicampurkan nasi, ulam-ulaman dan kelapa bersama bahan B tadi. Gaul rata dan sebatikan, siap.
4. Boleh makan dengan telur masin dan keropok keping atau apa-apa lauk kegemaran.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff