Teringin nak makan nasi ayam buat sendiri, tapi nak yang mudah masak. Kalau begini cuba buat ‘one pot’ nasi ayam, cara masak nasi ayam super senang perkongsian Khairul Abdullah. Sekali masak terus siap nasi dan lauk! Masak nasi dan ayam sekali saja dalam satu periuk.
Kata Khairul kaedah ‘one pot’ nasi ayam ini memang mudah, yang baru belajar menu ini pun confirm boleh buat dan rasanya pun sedap.
Cara buat one pot nasi ayam
Bahan-bahan untuk nasi dan lauk
1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Buang bahagian kulit berlemak dan potong kecil supaya dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras -cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 helai daun pandan -dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara masak
1. Rebus bahagian ayam yang bertulang dan kaki. Masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan mentega dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan. Masukkan bawang putih halia dan daun pandan, goreng lagi sehingga naik bau.
Ads
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang sudah dipotong. Kacau sekejap dan terus masukkan beras, kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras yang digunakan. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
Ads
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah pindahkan ketika ini. Susun ayam di bahagian atas elok-elok dan tanak seperti biasa hingga nasi masak.
Selepas nasi masak, jika kurang gemar ayam putih ‘moist’ begitu boleh keluarkan dari periuk. Buang sisa nasi yang melekat kemudian goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja hingga garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Ads
Cara buat sambal
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Cara buat kicap
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.
Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Nasi ayam ini kalau makan saja pun sedap.
Nasi goreng kampung antara menu kegemaran seisi keluarga. Lebihan nasi yang ada boleh dijadikan hidangan ini untuk sarapan mahupun makan malam. Letak ikan bilis, sayur kangkung, dah siap. Yang suka pedas boleh letak cili banyak-banyak.
5 kompilasi resepi nasi goreng kampung yang mudah untuk anda sediakan. Boleh cuba masak semua dan pilih mana yang paling menepati citarasa sendiri. Simple dan sedap!
6 cawan nasi
5 biji telur
1 ikat kangkung
Ikan bilis (digoreng)
Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT:
Tumbuk ke semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk tadi.
Apabila bahan tumbuk tadi sudah naik bau, masukkan telur. Apabila telur sudah agak hendak garing, kacau-kacaukan sehingga sebati. Boleh masukkan garam.
Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.
Masukkan kangkung. Gaulkan kesemua bahan. Tip hendak nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.
Nasi goreng kampung sudah siap!
Basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian goreng sehingga garing.
Tip hendak ikan bilis garing, semasa mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas itu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Jika hendak tahu ikan bilis sudah masak ke belum, tunggu smpai minyak habis berdesir. Itu bermakna ikan bilis sudah masak.
Sedia untuk dimakan. Lebih sedap sekiranya nasi goreng kampung ada banyak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pula dengan sambal belacan. Memang berselera.
Bolehlah cuba buat sendiri. Bila sudah tahu tekniknya senanglah hendak masak.
BAHAN KISAR
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
BAHAN LAIN
• segenggam ikan bilis (digoreng asing)
• 1 biji telur ayam
• semangkuk nasi
• sayur sawi
• garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.
Bercadang nak masak pulut kuning untuk sajian pagi raya nanti? Resipi pulut kuning ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang, perghh…memang terangkat habis!
PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
300gm beras pulut – basuh & tos air
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
Nasi Kunyit Gulai Ikan Tongkol ini cukup popular di negeri pantai Timur. Menu ini juga turut menjadi pilihan di negeri-negeri lain juga. Mungkin biasanya kita selalu beli sahaja di luar tapi kali ini kita cuba pula masak sendiri. Pasti ia menjadi kegemaran seisi keluarga selain menambah variasi menu hidangan. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Mat Din ini.
RESIPI NASI KUNYIT GULAI IKAN TONGKOL
GULAI IKAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan aye hitam (ikan tongkol hitam) 1 ekor ~ 800/900 gm 500 gm santan 2 peket kecil rempah gulai cap Ros –BELI ONLINE 1/3 sudu teh rempah masak cap Ros P- BELI ONLINE Bawang merah + bawang putih + halia + lengkuas (kisar) – banyak mana itu ikut rasa anda. Kalau bahan kisar banyak, kuah jadi pekat. Boleh guna 5 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih 2 sudu besar cili boh (letak lebih kalau nak pedas sikit dan merah kuahnya) Lada Thai
CARA MEMBUAT:
1. Ikan rebus dulu dengan asam keping dan garam.
2. Reneh/masak santan sampai pecah minyak, kalau kurang minyaknya boleh tambah minyak masak biasa.
3. Masukkan/tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
4. Masukkan lada boh, rempah gulai dan rempah masak. Tumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan air rebusan ikan sedikit (anggaran 2 cawan) dan air biasa. Jangan banyak air nanti kuah tidak pekat.
6. Perasakan dengan garam dab gula. Kalau ada gula melaka pun boleh tambah sedikit.
7. Masukkan ikan rebus tadi. Akhir sekali masukkan lada Thai. Lada tidak perlu masak lama. Sekejap sahaja. Nanti lada akan lembut dengan kuah yang panas.
NASI KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut rendam yang direndam satu malam dengan serbuk kunyit Santan
CARA MEMBUAT:
1. Kukus pulut dalam 3/4 masak.
2. Gaul pulut dengan santan. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
3. Kukus semula sampai masak supaya tahan lebih lama (tidak mudah basi). Hidangkan bersama pulut yang sudah siap dimasak tadi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!