
Selain gulai, acar satu lagi hidangan berasaskan buah nenas yang sedap adalah pajeri. Rasa masam, manis dan rempah yang bersatu buat masakan ini ramai peminatnya.
Cuma sekarang tak ramai yang mahir menyediakan lauk warisan ini. Jadi elok sangat jika kita mempelajarinya. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Norfadilah Ibrahim.Resepi pajeri nenas yang dikongsi tidak menggunakan santan namun tetap pekat dan sedap.

Cara buat pajeri nenas yang sedap, pekat tanpa santan
Bahan A (menumis )
Bawang besar -1/2 biji
Bawang putih -2 ulas
Bunga lawang -2
Kulit kayu manis – 1 batang
Bahan B (dikisar )
Bawang besar – 2 biji
Bawang putih – 3 ulas
Ikan bilis
Bahan C
Rempah kari daging 2 sudu makan
Bahan D
Kerisik 2 sudu mkn
Garam 1 sudu kecil
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Gula putih 2 sudu makan
Bahan E
Buah nenas – siap dipotong
Cara memasak
- Panaskan minyak kemudian masukkan bahan A. Tumis sehingga garing
- Dah garing masuk bahan B. Kacau & biar dalam 3 minit kemudian masukkan pula bahan C. Biar sehingga betul-betul pecah minyak.
- Rempah dah masak boleh masukkan air dalam 1/2 cawan.
- Kemudian masukkan bahan D & E. Biarkan seketika tunggu semua bahan sebati.
- Bila rasa dah ok boleh tutup api & dihidangkan.
INFO: Selain nenas, boleh juga gunakan terung.
Semoga bermanfaat
Sumber: Norfadilah Ibrahim.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Resipi Homemade Paling Mudah & Sedap Boleh Masak Guna Cendawan

Cendawan adalah sajian popular yang menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. Andai berkunjung ke pasaraya, pelbagai jenis cendawan berlainan bentuk dan rupa boleh didapati dengan mudah.
Cendawan Tiram, Cendawan Butang, Cendawan Shiitake, Cendawan Inoki, Cendawan Shimeiji, Portobello dan beberapa lagi adalah antara jenis-jenis cendawan enak yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Dijual secara segar dan juga dalam bentuk yang telah dikeringkan, bermacam masakan boleh dihasilkan menggunakan cendawan-cendawan ini.



Masukkan sahaja cendawan dalam setiap masakan kegemaran seperti sup, tumis, kacau goreng atau panggang. Semuanya pasti jadi enak dan lebih menyelerakan. Ditambah pula dengan kandungan khasiatnya yang tinggi, menjadikan cendawan sebagai salah satu bahan masakan penting yang sesuai dinikmati seisi keluarga.
Masakan berasaskan cendawan akan jadi lebih enak bila dimasak bersama AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Rasa lada, rasa masin dan aroma yang wangi menaikkan rasa cendawan dan menjadikan masakan anda jadi lebih enak serta berperisa. Malah anda juga boleh menambahnya dalam apa jua masakan kegemaran, dijadikan perapan dan juga topping. Sangat senang malah kerja memasak juga jadi lebih mudah.

Kini anda boleh menikmati keenakan cendawan bersama AJI-SHIO® dan rebut peluang untuk memenangi hadiah hanya dengan memasak menu kegemaran dari dapur anda!
Jom sertai peraduan “AJI-SHIO® Pasti Shiok Mushroom Fiesta Cook and Win” dan bawa pulang pelbagai hadiah-hadiah menarik. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu masak masakan berasaskan cendawan menggunakan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa atau AJI-SHIO® Lada Berperisa. Senang kan?
Nak masak menu apa agaknya ya? Jangan risau. 5 menu di bawah ini boleh bagi anda idea. Semua sedap dan mudah-mudah belaka. Selamat mencuba!
1. CENDAWAN BERINTI KENTANG BERKEJU
Video masakan: https://www.facebook.com/watch/?v=162375592552087
Cadangan hidangan: 4 orang
BAHAN-BAHAN:
100gm kentang Russet – rebus
5gm kucai – cincang
2 sudu makan mentega yang dicairkan
1 ½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
200gm cendawan Cremini (batang dicampur dalam kentang lenyek)
50gm parutan keju mozzarella
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
2. Lenyekkan ubi kentang. Tambahkan hirisan kucai, batang cendawan, 1 sudu makan mentega cair dan perasakan dengan 1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Perap cendawan dengan 1 sudu makan mentega cair dan juga and ½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
4. Sudukan kentang lenyek ke dalam topi cendawan dan susun dalam dulang pembakar.
5. Taburkan keju mozzarella dengan secukupnya di atas cendawan tadi.
6. Bakar cendawan di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit.
7. Sedia untuk dinikmati..
Tip: Untuk membersihkan cendawan Cremini, buang kekotoran yang melekat pada cendawan menggunakan tisu dapur hingga bersih.
2. CENDAWAN TUMIS MENTEGA BAWANG PUTIH
Video masakan: https://www.facebook.com/watch/?v=162375592552087
Cadangan hidangan: 3 orang
BAHAN-BAHAN:
30gm mentega bergaram
½ biji bawang Holland – dadu kecil
3 ulas bawang putih – cincang
200gm Cendawan Butang Putih – dibersihkan
½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 sudu the parsli – dicincang
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega di dalam kuali, tumis bawang dan bawang putih hingga wangi.
2. Tambahkan cendawan dan masak lagi hingga cendawan masak dan bertukar keperangan.
3. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
4. Akhir sekali, tambahkan daun parsli dan gaul sebati. Sedia untuk dinikmati.
Tip: Semasa membersihkan cendawan, buang kekotoran yang melekat dengan hanya menggunakan tisu dapur hingga bersih.
3. CENDAWAN GORENG RANGUP
Video masakan: https://www.facebook.com/1069092856546512/videos/483114576007700
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
2 sudu makan tepung beras
1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa
300gm cendawan tiram
1 cawan tepung kentang
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan tepung beras, kacau sehingga sebati.
2. Bahagikan cendawan kepada kepingan kecil.
3. Masukkan ke dalam bancuhan telur dan gaul rata.
4. Taburkan tepung kentang dan gaul rata.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
6. Taburkan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan sedia untuk dihidang.
4. SUP CENDAWAN
Video masakan: https://www.facebook.com/1069092856546512/videos/288601851726490
Cadangan hidangan: 4-6 orang
BAHAN-BAHAN:
6 sudu makan mentega
1 biji bawang kuning – dihiris
5 ulas bawang putih – dihiris
15 biji cendawan butang segar – dihiris
3 sudu makan tepung gandum
5 cawan air
1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
1 ½ sudu makan TUMIX® Perencah Pati Ayam
½ cawan krim masakan
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega. Tumiskan bawang kuning, bawang putih dan cendawan butang sehingga lembut.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan 1 cawan air dan kacau sehingga sebati.
4. Kisarkan sup sehingga halus. Masukkan semula ke dalam periuk. Tambahkan lebihan air.
5. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
6. Renehkan sehingga sup sedikit pekat.
7. Masukkan krim masakan. Kacau rata.
8. Sedia untuk dihidang.
5. CENDAWAN GORENG BIJAN
Video masakan: https://www.facebook.com/1069092856546512/videos/1085410088248122
Cadangan Hidangan: 4 – 5 orang
BAHAN-BAHAN:
200gm cendawan Shimeji
¼ biji bawang holland – dihiris
1 sudu teh halia – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 tangkai daun bawang – dipotong 2cm
2 sudu teh bijan – digoreng tanpa minyak
½ sudu teh gula
1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumiskan halia dan bawang putih.
3. Masukkan bawang Holland dan goreng seketika.
4. Masukkan cendawan Shimeji dan masak sehingga naik bau wangi dan lembut.
5. Tuangkan sos tiram bersama minyak bijan.
6. Masukkan sedikit gula dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
7. Tutup api dan hiaskan bersama hirisan daun bawang dan bijan.
Tip: Elakan memasak cendawan Shimeji terlalu lama kerana ia akan kehilangan kemanisan dan menjadi lembik.
Untuk lebih banyak resipi menarik & info mengenai Peraduan “AJI-SHIO® Pasti Shiok Mushroom Fiesta Cook and Win”, layari: https://www.facebook.com/AJISHIO.Cooking
Menu Sayur Kampung..Sedap Tak Terkata!

Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, sebab itu walaupun sekadar ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Kepada anda yang suka, kalau nak makan tak perlu tunggu balik kampung masak sendiri je kerana ini ada enam menu sayur kampung yang sedap dan mudah disediakan. Apa tunggu lagi jomlah kita cuba masak.
GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
- 300gm kepah
- 500ml santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3cm kunyit hidup
- 10 biji cili padi
- 3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
- Renehkan di atas api sederhana.
- Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
- Diikuti dengan kepah.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL

BAHAN-BAHAN:
- 500gm rebung madu | cuci bersih
- 200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
- 1000ml santan
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
- 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
- Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
KERABU PUCUK LABU RAMPAI UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk labu | bersihkan dan celur
- 200gm udang | buang kulit, celur dan tos
BAHAN URAP:
- 300gm kelapa | putih sahaja
- 5 ulas bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 1 sudu makan udang kering | kisar
- 8 biji cili padi | kisar
- 2cm kunyit hidup | kisar
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan urap dalam kuali hingga cukup rasa.
- Hidupkan api goreng sangai bahan urap hingga sedikit garing.
- Setelah cukup rasa dan sedikit garing. Tutup api dan ketepikan.
- Masukkan daun labu dan udang yang telah dicelur tadi dalam mangkuk.
- Taburkan bahan urap dan gaul rata hingga sekata.
- Setelah siap bolehlah dihidangkan.
KERABU PUCUK PAKU DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk paku | celur dan tos
- 200gm daging bakar | hiris nipis
- 250ml santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
- 8 ulas bawang merah
- 1 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- 2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
- Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
- Masukkan bersamanya bahan hirisan.
- Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
- Gaul rata, kemudian masukkan
- Gaul lagi sehingga cukup rasa.
- Segera dihidangkan.
PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE

BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
- 1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
- 1 paket kecil tempe | potong dadu
- 1000ml santan
- 1 sudu makan ikan bilis
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 2cm halia muda | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
- Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
- Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
- Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
- Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
SULUR KELADI MASAK ASAM TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat sulur keladi bersama isi
- 100 gm isi udang
- 2 sudu makan tempoyak
- 6 pucuk daun kesum
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
- Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
- Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
- Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
- Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
- Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
- Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
Teringin Nak Makan Rendang Pucuk Ubi? Resipi Mudah Ni Sesuai Dicuba. Memang Sedap & Senang Nak Faham

Diperbuat daripada bahan utamanya pucuk ubi, santan dan ikan bilis yang di masak sehingga kering.
BAHAN-BAHAN:
- 2 ikat pucuk ubi | bersihkan – saya potong kasar
- 3 kotak santan (200ml setiap kotak) – saya campur air sama banyak dengan santan
- 2 bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 batang serai, cili api ikut suka pedasnya, sedikit kunyit hidup – kisar
- 2 helai daun kunyit | hiris halus
- Segenggam ikan bilis | dibersihkan
- Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam Kuali. Tumis hingga pecah minyak. Sebab saya nak cili api tu betul-betul masak. Kurang sikit pedasnya.
2. Masukkan santan+ air dan ikan bilis. Kacau hingga mendidih dan sedikit kering.
3. Masukkan air asam jawa dan pucuk ubi. Rasa garam dan kacau selalu sehingga hampir kering.
4. Masukkan daun kunyit, gaul rata. Tunggu hingga betul-betul kering. (Bab nak tunggu kering tu yang lama). Dah kering boleh lah dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Azie Al-Bakri via MAHN

