Musim rambutan ini bagi yang nak mencuba kelainan boleh sediakan pajeri rambutan sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi. Pajeri rambutan ini bukan hidangan baru sebaliknya resipi orang tua kita sejak dulu lagi bila tiba musim buah ini.
Keenakan pajeri rambutan ini terletak kepada air rambutan yang manis. Cara memasaknya lebih kurang sama pajeri nenas. Ia akan jadi lebih enak jika dilebihkan kerisik supaya hasilnya jadi lemak-lemak manis.
Ads
Cara buat pajeri rambutan
Bahan-bahan
Rambutan dikupas kulitnya
10 ulas bawang merah dihiris (lagi banyak lagi sedap)
2 ulas bawang putih dihiris
4 sudu cili kisar (jika ingin pedas tambah kuantiti)
Serbuk kari
Daun kari
Rempah 4 sekawan
Santan
Kerisik
Gula merah
Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili kisar.
2. Bila cili masak, masukkan serbuk kari dan semua bahan lain. Gaul rata.
Ads
3. Kemudian masukkan rambutan (tak perlu direbus), biarkan air rambutan kering sedikit sebelum masykkan santan. Kuantiti santan separas rambutan saja. Gaul.
4. Tunggu kuah agak kering sedikit kemudian masukkan kerisik (letak lebih lagi sedap) dan juga gula merah untuk pekatkan kuah. Kuantiti gula merah tak perlu banyak kerana buah rambutan sudah sedia manis.
5. Tambah garam dan kacau. Perasakan ikut kesesuaian. Biarkan seketika kemudian tutup api.
Sayur Lodeh Jawa, dari segi isian hampir sama dengan Lontong Kuning, Cuma ia tidak berkuah, hanya menggunakan pati santan dan lebih pedas, itu rasanya ia kau-kau sedap. Anda yang ingin mencuba, boleh cuba resipi yang RASA sharekan di sini. Tak rugi anda cuba menu ni.
SAYUR LODEH JAWA BAHAN-BAHAN: 1 keping tempe | hiris tebal 2 biji kentang | hiris tebal 2 keping tauhu | hiris tebal 1/2 isi dada ayam | hiris kecil 3 keping fuchuk | rendam supaya lembut Sedikit suhun rendam 5 batang Kacang Panjang | potong 2cm 4 batang anak jagung | hiris serong 1/2 batang lobak merah | hiris kecil 2 biji cili merah | hiris 2 biji cili hijau | hiris Sedikit hirisan kubis 500ml santan pekat 2 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa 5 sudu makan minyak masak BAHAN KISAR: 20 biji cili padi 8 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 2cm halia muda
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak goreng kentang tauhu dan tempe secara berasingan (jangan terlalu garing). 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit minyak dalam kuali untuk menumis. 3. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi dan pecah minyak, 4. Seterusnya masukkan isi ayam, kacau hingga layu,baru masukkan fuchuk dan sayuran lainnya. 5. Setelah sayur layu masukkan bahan goeng, suhun serta santan pekat dan air asam jawa. 6. Kecilkan api, kemudian perasakan lodeh dengan garam dan gula secukup rasa. 7, Setelah cukup rasa, dan kuah pekat. Tutup api dan sayur lodeh sedia dihidangkan.
INFO: Untuk sayur anda boleh pelbagaikan dan begitu juga dengan isian lain, Jika ikut resipi asal ia menggunakan hati, pedal dan juga perut lembu. Terpulang pada cita rasa.
Ada yang sedang berdiet? Boleh makan tapi kena tahu setiap kalori makanan yang diambil. Contohnya seperti memasak sup sayur cendawan sesuai untuk anda yang dalam program diet. Menurut Puan Zeti, sup sayur cendawan ini antara resepi sup KURUS yang diamalkan hampir 13 tahun. Boleh memasaknya tiga hingga empat kali seminggu. Bagi menambah cita rasa boleh campurkan dengan sayur sawi Jepun. Selamat memasak dan berdiet semua.
Bahan-bahan: Bahan A
4-5 ulas bawang putih tumbuk pecah
( khasiat: bakar lemak + buang kolestrol )
2 biji cili api hijau tumbuk pecah
( khasiat: bakar lemak )
2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dalam badan )
1 sudu besar minyak jagung
Bahan B
100gm isi ayam dipotong halus
( rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bagi hilang lendir ayam ) + rendaman ke dua rendam dengan air garam 10 minit kemudian cuci bersih untuk buang kesan ubat antibiotik yang dicucuk pada ayam )
1.5liter air tapis
Bahan C
Sawi
Cendawan tiram (khasiat: awet muda )
Gula kelapa perang ORGANIC secukup rasa
Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa
Cara memasak:
1.Panaskan periuk dan letakkan minyak masak.
2.Tumis bahan A sehingga kekuningan.
3.Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak.Masukkan air tunggu hingga mendidih.
4.Kemudian masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi. Terus tutup api. Sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi. Bila dah suam sikit masukkan gula perang dan garam bukit..
(Amalkan sup ini 4 -5 kali seminggu. Buat selama tiga bulan. InsyaAllah boleh kurus.
Info: Gula Kelapa Perang ( beli kat Jusco bahagian produk organic ) . Sawi jepun Cameron highlands ni ada kat jusco juga.
Penting:
1 Jangan makan nasi, cepat naik berat. Makan sup sayur sahaja. JANGAN tambah nasi.
2. Makan nasi boleh..tapi jangan melepasi pukul 6 petang. so uols sesuaikan resipi ini dengan diri sendiri. Boleh makan sup ini SAHAJA selama 3 bulan atau campur sikit nasi putih guna beras kurang kanji. Guna beras basmathi.
Sayur amat penting diambil dalam hidangan harian kerana ia membekalkan zat serta vitamin yang diperlukan oleh badan. Namun tidak ramai yang menggemari rasanya. Salah tu…Hidangan sayur-sayuran, jika kena dengan gaya masakan, memang enak. Malah ada yang boleh dinikmati tanpa perlukan lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan empat resipi sayur yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. TAUGEH IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
150gm tauge kasar
1 keping tauhu | dipotong kecil
3cm isi ikan masin
1 pokok daun kucau | dipotong 3cm
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.
INFO CHEF: Guna tauge kasar kerana ia memberikan rasa yang lebih enak.
2. KACANG PANJANG GORENG BERTELUR BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat kacang panjang | dihiris
Sedikit ikan bilis halus
3 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
1/2 biji bawang besar | dihiris nipis
1 keping tauhu | dipotong kecil dan digoreng seketika
1 biji cili merah | dihiris
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris sehingga terbit bau harum.
Masukkan cili kisar. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sedikit air dan juga ikan bilis. Gaul rata.
Seterusnya masukkan kacang panjang, cili merah dan tauhu. Masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Tambah isi udang untuk rasa yang lebih enak.
3. BENDI GORENG BERCILI BERSAMA DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
20 batang bendi | dihiris serong
5 keping daging burger | dicincang kasar
3 ulas bawang putih | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
2 sudu makan cili kisar
Sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta cili giling hingga garing.
Kemudian masukkan daging burger. Masak sehingga sedikit kecut dan tidak melekat pada kuali.
Seterusnya masukkan sos tiram, garam serta sedikit gula. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Akhir sekali masukkan hirisan bendi. Gaul hingga rata dan semua bahan kelihatan mesra.
Angkat dna sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daging burger, boleh juga menggunakan corned beef.
4. LEEK GORENG BAWANG PUTIH BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 batang leek | dihiris serong
10 ekor udang segar | dibersihkan
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 biji cili merah | dihiris serong
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta cili merah hingga wangi.
Kemudian Masukkan udang. Goreng lagi hingga isi udang separa masak.
Tambahkan kicap, sos tiram, gula, air dan sedikit garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan leek. Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Leek tidak perlu dimasak lama kerana ia akan menjadi terlalu lembik.