Musim rambutan ini bagi yang nak mencuba kelainan boleh sediakan pajeri rambutan sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi. Pajeri rambutan ini bukan hidangan baru sebaliknya resipi orang tua kita sejak dulu lagi bila tiba musim buah ini.
Keenakan pajeri rambutan ini terletak kepada air rambutan yang manis. Cara memasaknya lebih kurang sama pajeri nenas. Ia akan jadi lebih enak jika dilebihkan kerisik supaya hasilnya jadi lemak-lemak manis.
Rambutan dikupas kulitnya
10 ulas bawang merah dihiris (lagi banyak lagi sedap)
2 ulas bawang putih dihiris
4 sudu cili kisar (jika ingin pedas tambah kuantiti)
Serbuk kari
Daun kari
Rempah 4 sekawan
Santan
Kerisik
Gula merah
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili kisar.
2. Bila cili masak, masukkan serbuk kari dan semua bahan lain. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan rambutan (tak perlu direbus), biarkan air rambutan kering sedikit sebelum masykkan santan. Kuantiti santan separas rambutan saja. Gaul.
4. Tunggu kuah agak kering sedikit kemudian masukkan kerisik (letak lebih lagi sedap) dan juga gula merah untuk pekatkan kuah. Kuantiti gula merah tak perlu banyak kerana buah rambutan sudah sedia manis.
5. Tambah garam dan kacau. Perasakan ikut kesesuaian. Biarkan seketika kemudian tutup api.
Sumber: Lemang Luak Rembau