Sarapan dengan pancake, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak? Tapi korang jangan patah hati, sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake terbaik seperti diharapkan. Ini beberapa perkara perlu korang kalau nak pancake yang sedap, gebu gebas dan cantik:-
- Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.
- Asingkan Bahan Kering Dengan Bahan Basah. Tepung gandun, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Dalam campurkan bahan basah seperti telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.
- Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.
- Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.
PANCAKE BLUEBERRY MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
- 150gm tepung gandum
- 50gm cornflakes | ramas kasar
- 280ml susu segar
- 30gm gula halus
- 1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
- 2 sudu makan mentega | cairkan
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Pes/jem blueberi secukupnya
- Sirap Maple secukupnya
- Buah blueberi secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, cornflakes, serbuk penaik dan gula halus. Gaul rata.
- Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair. Ketepikan.
- Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali. Letakkan sesudu pes/jem blueberi dan tutup dengan sedikit lagi bancuhan pankek.
- Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Hidangkan pankek bersama sirap maple dan hirisan buah blueberi segar. dan krim putar jika suka.