Paru goreng rangup ini boleh jadi macam jajan, makan begitu saja. Bila dah mula makan memang ralit, tak sedar habis sebalang.
Keenakan paru goreng ini juga buat ramai yang cuba membuatnya sendiri tapi akhirnya mengeluh tak menjadi.
Sebenarnya untuk menghasilkan paru yang rangun ini ada caranya yang perlu diikuti terutama waktu menggoreng. Boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Norlela Abdullah
ini. Katanya jika dah mahir membuatnya, ia boleh dijadikan bahan jualan untuk tambah pendapatan.
Bahan-bahan
Paru
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk cili
Tepung beras
Garam
Serbuk perasa
Cara membuat
1. Rebus paru. Sejukkan dalam chiller semalaman supaya senang hiris bila sudah keras.
Tip: Jika tak dimasukkan dalam chiller sukar untuk dapat paru dengan hirisan yang nipis. Pastikan hiris senipis yang mungkin dengan pisau tajam.
2. Kisar semua bahan rempah dengan sedikit air.
3. Gaul bahan dikisar dengan paru yang dihiris nipis.
4. Goreng paru dalam minyak yang betul-betul panas. Bila hampir masak boleh kecilkan api. Pastikan paru keras seperti kerepek baru angkat. Jika tidak paru tak rangup.
5. Angkat, tos dan simpan dalam bekas yang kedap apabila sejuk. Boleh makan begitu saja atau buat lauk.
Selamat mencuba.
Sumber: Norlela Abdullah