Selalu hadapi masalah buat pastri kulit karipap tak rangup, mudah lemau, terlembik atau keras sangat. Jangan risau, ini ada cara senang nak buat pastri karipap yang rangup, dan tak mudah lemau. Kepada penggemar karipap boleh cuba ni.

Cara Buat Pastri Karipap Rangup & Tak Mudah Lemau.

Guna Sukatan Yang Betul

Ini penting, sebelum mula menguli pastikan sukatan bahan adalah betul. Contoh untuk 10 biji karipap, korang perlukan 200gram tepung protein tinggi, ½ sudu teh garam, 2 sudu makan marjerin serta70ml air suam. Penambahan garam dan marjerin menjadikan kulit karipan lebih sedap dan sedikit lemak. Sementara air suam menbantu menjadikan kulit rangup. Jika ingin membuat dalam jumlah lebih banyak, korang hanya perlu tambah sukatan ikut keperluan. Pastikan semasa mencanai, pasti jangan terlalu nipis atau tebal, kerana kalua nipis akan mudah terkoyak dan tebal kurang rangup.

Adun Bahan Dengan Cara Yang Betul

Semasa mengadun korang kena ikut step yang betul, mulakan dengan mencampurkan tepung, garam dan marjerin, adun hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian tambahkan air suam sedikit demi sedikit sambal terus adun hingga sebati,

IKLAN

Cara Buat Pastri Karipap Rangup & Tak Mudah Lemau.

Adunan Jangan Terlalu Keras Semasa Diadun

Menguli kulit karipap tidak seperti menguli adunan roti. Adunan tidak boleh terlalu keras kerana adunan yang terlalu keras akan menyebabkan kulit tidak rangup.

Canai kulit karipap dengan betul dan sebati.

IKLAN

Canai kulit karipap hingga sebati, oleh itu jangan takut untuk mencanainya adunan berulang kali dan nipis sebelum sedia diterap dengan acuan karipap. Untuk mengelakkan kulit karipap yang dicanai melekat pada papan pencanai atau rolling pin, korang  sapukan tepung pada rolling dan papan pencanai.

Cara Buat Pastri Karipap Rangup & Tak Mudah Lemau.

Inti Karipap Jangan Terlalu Basah

IKLAN

Ingat ye, bukan hanya kulit, inti juga mempengaruhi kerangupan kulit karipap, jika menggunakan inti yang terlalu basah atau masih panas ia menyebabkan kulit karipap lembek. Oleh itu semasa menumis korang masukkan sedikit saja air, sekadar untuk memasak dan melembutkan kentang saja. Perlu diingatkan pastikan inti sejuk sebelum dimasukkan dalam kulit karipap ye.

Semasa Menggoreng Siramkan Karipap Dengan Minyak Goreng

Semasa menggoreng, korang sambil membalik-balikkan karipap, korang juga boleh siramkan bahagian atasnya dengan minyak goreng tersebut untuk membantu kulit kembang dan rangup.

Macam mana korang senangkan, lepas ni bolehlah buat sendiri dan makan lebih puas. Kalau buat lebih, boleh frozenkan dan ganya perlu goreng bila teringin.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI