Cara Buat Pastri Puff Berlapis-Lapis Cantik & Rangup, Alahai Sedapnya.

Share

Walaupun pastri puff segera mudah didapati di pasaran dengan pelbagai jenama, tetapi sesekali
kalau anda ingin membuatnya sendiri. Ini RASA kongsikan cara membuat pastri puff yang berlapis-
lapis nipis dan rangup, bagaikan terasa sedapnya bila dijadikan kulit pai.


1. Guna Bahan Segar & Berkualiti:

Untuk membuat pastri puff bahan yang digunakan adalah tepung gandum protein tinggi, pastry
shortening atau mentega khusus untuk pastry, margerin, kuing telur, garam dan air sejuk.
Pastikan semua bahan ini dalam keadaan segar terutamanya kuning telur supaya hasil pastri puff
menjadi dengan cantik, rasa lebih sedap, rangup.

2. Cara Mencampur Bahan:

Perkara pertama perlu dilakukan adalah campurkan tepung gandum, garam, margerin, adaun hingga
menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan kuning telur dan air sedikit demi sedikit, adun
bahan sehingga menjadi doh lembut. Jika menggunakan mixer, gunakan kelajuan perlahan
(sekejap sahaja). Bungkus doh yang sudah siap dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti
sejuk sekejap.

 

3. Hati-Hati Roll Adunan Pastri:

Salah satu tip mendapatkan pastri puff yang cantik dan sedap
bergantung kepada cara anda roll atau canai pastri. Cara terbaik, canaikan pastri menggunakan
rolling pin di permukaan yang rata dan tabur permukaan itu dengan tepung gandum supaya adunan
tidak melekat. Kemudian letakkan mentega atau shortening khas untuk pastri. Kemudian lipat
adunan tadi dan gilang semula adunan secara perlahan hingga mendapat ketebalan 1/2cm. Bagi
mendapatkan beberapa lapisan pada pastri puff maka anda harus ulang proses yang sama beberapa
kali dengan cara lipat sisi kanan dan kiri adunan pastri ke bahagian dalam tetapi jangan
sampai ke dua bahagian ini bercantum. Kemudian lipat lagi hingga lipatan bercantum dan canai
perlahan-lahan.


4. Simpan Adunan Pastri Dalam Peti Sejuk:

Jika pastri puff selesai dicanai, bungkus adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk
selama beberapa jam (lebih elok simpan sehari). Tujuannya supaya mentega menjadi sebati dengan
doh agar semasa dibakar ia dapat mengembang dengan baik disetiap lapisan dan hasilnya ia
sungguh lemak, masin dan rangup sempurna seperti diharapkan.

Published by
Norasida Myasin